Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)

Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)

Tidak perlu hari istimewa meraikan insan tersayang, tindakan pelawak dan pelakon, Zizan Razak menghadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 buat ibunya menerima pujian netizen.

Kejutan dilakukan Zizan buat ibunya, Anai Ibrahim tular apabila abang sulungnya, Hafiza Razak membuat perkongsian menerusi akaun TikTok semalam.



Zizan berkata, dia membuat kejutan menghadiahkan kereta berkenaan sebagai membalas jasa dan pengorbanan ibunya.

“Bukan sebab sambutan hari jadi, sebaliknya ia adalah hadiah saya buat ibu kerana dia memang sudah lama mengidamkan kereta ini.

“Saya hanya mahu menggembirakan ibu dan ingin melihat senyuman terukir di bibirnya.

“Hadiah kereta sekadar material, jika nak diukur dengan pengorbanan setiap ibu bapa dalam membesarkan anak, memang tak terhitung nilainya,” katanya kepada BH Online.



Ujar pelakon filem Polis Evo 3 itu, kesedaran untuk membahagiakan orang tuanya timbul selepas mendapat nasihat rakan yang sudah tidak ibu bapa lagi.

“Ada rakan menasihatkan saya jaga orang tua sebaiknya selagi masih ada.

“Tapi, janganlah rasa rendah diri atau sedih jika tak mampu hadiahkan kereta mahupun barangan mahal, itu hanyalah material semata-mata.

“Ada ibu bapa tak perlukan semua ini. Bagi mereka, memadai hadiahkan senyuman dan kebahagiaan.



“Buatlah apa yang termampu dan keikhlasan itu biarlah Allah sahaja yang nilai, janji bahagia,” katanya.

Menerusi perkongsian video, Zizan dan Hafiza dilihat membawa ibu ke bilik pameran kereta, kononnya sekadar mencuci mata sementara menantikan waktu berbuka puasa semalam.

Zizan yang berpakat dengan jurujual kemudiannya membawa Anai melihat kereta dibalut dengan kain hitam berserta reben besar, namun ibunya tidak dapat menangkap petunjuk diberi sehingga skrin di depan kereta tertera namanya.

Bagaimanapun, Anai tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata sambil memeluk Zizan sebagai tanda ucapan terima kasih. BH



Ibu menangis, Zizan hadiahkan kereta Mercedes Benz GLC300 (Video)

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan



Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies



Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker