Kes Altantuya: Permohonan Najib untuk mencelah didengar hari ini

 

Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja tiba di Mahkamah Persekutuan bagi mengikuti permohonan bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas pegawai UTK.

Azilah Hadri yang ingin mengetepikan sabitan serta hukuman mati atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.



Prosiding permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencelah dalam semakan kehakiman dijangka bermula kira-kira pukul 10 pagi.

Sebelum ini, peguam Sarah Abishegam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu memaklumkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Suhaila Haron turut menetapkan tarikh sama untuk mendengar semakan kehakiman Azilah.

Mahkamah Persekutuan hari ini mendengar permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas pegawai UTK, Azilah Hadri yang ingin mengetepikan sabitan serta hukuman mati atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pendengaran kedua-dua permohonan ditetapkan pada 21 Oktober lalu, namun tarikh itu dikosongkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya



Azilah memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman pada 5 Disember 2019 bersama-sama akuan berkanun setebal 32 muka surat yang mendakwa bahawa arahan untuk membunuh Altantuya adalah daripada Najib yang ketika itu menyandang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker