Misteri kehilangan warga emas pandu Myvi terungkai

Misteri kehilangan warga emas pandu Myvi terungkai

MERSING: Misteri kehilangan seorang warga emas sejak tiga hari lalu terjawab apabila ditemui mati dalam kereta dipandunya yang dipercayai terbabas ke gaung tepi laluan Jalan Kota Tinggi-Mersing dekat Jemaluang di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 9.10 pagi menyatakan kenderaan berwarna biru berkenaan ditemukan.

Beliau berkata, mangsa, Zahari Zakaria, 62, dilaporkan hilang oleh anak mangsa sehari selepas pergerakan beliau dari Kemaman, Terengganu ke arah Pasir Gudang.

Beliau berkata, mangsa tidak dapat dihubungi selepas 24 jam dan anak mangsa membuat laporan polis.

Menurutnya, dalam kejadian pada Ahad lalu, mangsa yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dipercayai terbabas di selekoh laluan berkenaan.

Katanya, akibat kemalangan itu, kenderaan mangsa terbalik di tempat kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pakar perubatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai memandu dan menyebabkan kemalangan maut.

“Bagaimanapun kes masih dalam siasatan polis.

“Kami menasihatkan pemandu jalan raya lebih peka terhadap pemanduan ketika melalui jalan gelap, cuaca hujan dan berselekoh agar kemalangan dapat dielakkan,” katanya.

Terdahulu keluarga Zahari turut membuat hebahan dengan meminta orang ramai mengesan bapanya yang gagal dihubungi.

Keluarganya mendakwa sudah menghubungi polis dan hospital tetapi tidak menerima sebarang laporan berkaitannya.

Keluarganya khuatir kereta bapa mereka terbabas di sepanjang jalan laluan.

Keluarga mangsa mendakwa bapa mereka memandu Myvi berwarna biru bernombor pendaftaran WC9129E. BH

Misteri kehilangan warga emas pandu Myvi terungkai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker