Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau akan mendedahkan skandal penyelewengan projek enam kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion dalam tempoh sebulan.

Katanya, beliau akan menunjukkan satu persatu penyelewengan itu, termasuk penubuhan syarikat palsu yang didakwa untuk melarikan wang.

“Modus operandi tak ubah macam 1MDB.

“Masaklah Najib (Razak) kali ni. Biar dia jawab bagaimana pertahanan negara jadi lemah semasa dia jadi perdana menteri, selama ini dia fitnah kononnya semua orang jual aset negara,” katanya dalam catatan Facebook semalam.



Semalam, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Azam Baki berkata, siasatan ke atas pembelian LCS kini di peringkat akhir dan pihaknya perlu merujuk Jabatan Peguam Negara serta beberapa pihak berkaitan sebelum mendedahkan hasil siasatan.

Terdahulu, Najib menerusi catatan di Facebook semalam mendakwa Pakatan Harapan (PH) melewatkan dan membekukan sepenuhnya projek LCS pada 2019.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil kemudiannya membidas tindakan Najib menyalahkan PH dalam isu itu tanpa menyedari kesalahan sendiri ketika berkuasa.

Beliau mempersoalkan mengapa Najib yang merupakan perdana menteri ketika itu tidak mendengar teguran dibuat bekas panglima tentera laut, Abdul Aziz Jaafar berhubung masalah perolehan kapal itu.



Khamis lalu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Kementerian Pertahanan dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) tidak menghiraukan pandangan tentera laut mengenai projek LCS.

Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berkata, pada asalnya, kapal model Sigma yang dipilih TLDM telah diluluskan Kementah, tetapi ia ditukar kepada model Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan BNS pada 8 Julai 2011.

Katanya, tiada sebuah pun LCS diserahkan kepada kerajaan sehingga kini, walaupun RM6.08 bilion sudah dibayar kepada BNS yang mendapat projek itu secara rundingan terus. Mengikut jadual asal, BNS sepatutnya menyerahkan lima unit LCS sejak 2013 hingga bulan ini kepada kerajaan.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker