Pemuda UMNO-NasDem Perkukuh Kerjasama

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Pemuda UMNO Malaysia dan Garda Pemuda NasDem (GPND) Indonesia bersetuju memperkukuh kerjasama dalam menangani isu penyalahgunaan dadah serta memperluas peluang pendidikan dan pekerjaan anak muda, khususnya menerusi bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Hairi Md Shah berkata, pertemuan bersama pimpinan GPND itu menjadi platform penting untuk mempererat hubungan kedua-dua organisasi, selain membincangkan agenda yang memberi tumpuan kepada kepentingan generasi muda Malaysia dan Indonesia.
Menurut beliau, antara agenda utama yang diketengahkan ialah usaha bersama dalam menangani penyalahgunaan dadah serta memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan dan TVET bagi menyediakan golongan muda menghadapi cabaran masa hadapan.
“Alhamdulillah, hari ini Pemuda UMNO Malaysia dikunjungi oleh Parti NasDem Indonesia yang diwakili wakil-wakil ketua umum di sana. Kita melihat hubungan dan jalinan kerjasama ini dapat dieratkan lagi antara Pemuda UMNO Malaysia dan Pemuda NasDem,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Putrajaya Sentiasa Bersama Rakyat, Tak Banyak Alasan
- Sufian Maradzi Santuni Keluarga Terjejas Akibat Kejadian Ribut
- Geran Usahawan Makmur Perkasa PMKS
Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat… Perkasa Keperluan Rakyat DUN Rembia
Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat rombongan GPND ke Menara Dato’ Onn, di sini, hari ini.

Hairi berkata, kunjungan berkenaan turut memberi peluang kepada delegasi GPND melihat sejarah penubuhan UMNO menerusi lawatan ke Galeri UMNO sebelum kedua-dua pihak mengadakan perbincangan mengenai agenda kerjasama anak muda.
“Antara yang kita tekankan ialah bagaimana untuk bekerjasama menangani masalah dadah serta memperkukuh kerjasama dari segi pendidikan dan TVET. Ini penting supaya kedua-dua negara dan kedua-dua parti dapat mempunyai persefahaman berkaitan dua agenda utama orang muda,” tambahnya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan Pemuda UMNO Malaysia sentiasa terbuka untuk menjalinkan hubungan dengan parti politik dan organisasi pemuda dari negara lain sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh persefahaman, diplomasi dan kerjasama antarabangsa.
Sementara itu, Wakil Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat Garda Pemuda NasDem, Maral Dipodiputro berkata, kunjungan tersebut merupakan usaha membalas kunjungan Pemuda UMNO Malaysia ke kongres mereka sebelum ini, selain memperkukuh hubungan sedia ada kepada bentuk kerjasama yang lebih konkrit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- National Mosque Open Day 2026 Meriahkan Bagan Datuk, Orang Ramai Dijemput Hadir
- Waspada Sinaran UV, Jaga Diri Dan Keluarga
- Program Saling Mengasihi UMNO Lahad Datu Terus Bersama Rakyat
Khaled Nordin Turun Padang, Santuni Masyarakat Sempena Bulan Kemerdekaan
Menurut beliau, GPND dan Pemuda UMNO Malaysia mempunyai kesepakatan bahawa isu penyalahgunaan dadah merupakan antara agenda yang perlu diberikan perhatian serius oleh kedua-dua negara.

“Kami sepakat bahawa sekarang dadah adalah satu isu yang paling prioriti dan harus ditangani dengan serius. Kami sependapat untuk ke depannya bagaimana membuat satu statement dan juga mengelola dengan lebih baik,” katanya.
Beliau berkata, selain isu dadah, kedua-dua pihak turut membincangkan aspek peluang pekerjaan dan pendidikan vokasional bagi memastikan golongan muda mempunyai kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan pasaran kerja.
“Kami hadir hari ini juga untuk belajar bagaimana mengembangkan pendidikan vokasi khususnya untuk pemuda dan bagaimana mengembangkan soft skill sebagai persiapan akses pemuda, baik di Indonesia mahupun Malaysia,” katanya.
Menurut beliau, kerjasama dalam bidang berkenaan penting memandangkan golongan muda bakal menjadi kumpulan majoriti pada masa hadapan dan memerlukan persediaan sewajarnya untuk memasuki dunia pekerjaan.
Rombongan GPND diketuai Wakil Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat Garda Pemuda NasDem (DPP GPND), Maral Dipodiputro, serta turut disertai Wakil Ketua Umum DPP GPND merangkap Exco Dewan Pimpinan Pusat Partai NasDem, Fachru Hidayat.
Turut hadir Wakil Sekretaris Jenderal DPP GPND, Chepy Aprianto serta Ketua Perwakilan Luar Negeri Partai NasDem di Malaysia, Tengku Adnan.- UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Putatan Terus Bersama Rakyat, Prihatin Keperluan Semasa
- Johari, Onn Hafiz Bincang Usaha Perkukuh Pelaburan Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
National Mosque Open Day 2026: Masjid Tuminah Hamidi Semarak Ukhwah
You must be logged in to post a comment.