National Mosque Open Day 2026: Masjid Tuminah Hamidi Semarak Ukhwah

BAGAN DATUK, 14 Ogos – Program National Mosque Open Day 2026 terus mendapat sambutan menggalakkan apabila Masjid Tuminah Hamidi dan Dataran Bagan Datuk menjadi tumpuan orang ramai untuk menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang program berlangsung.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mengajak orang ramai khususnya keluarga untuk hadir beramai-ramai memeriahkan National Mosque Open Day 2026 yang masih berlangsung sehingga 15 Ogos ini.
Menurut beliau, penganjuran program berkenaan bukan sahaja menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga, malah membuka ruang kepada masyarakat untuk bersama-sama mengimarahkan masjid dalam suasana yang penuh harmoni dan bermakna.
“Jemput datang beramai-ramai ke Masjid Tuminah Hamidi dan Dataran Bagan Datuk,” katanya menerusi perkongsian beliau.
Ujarnya yang juga Presiden UMNO, malam tadi, suasana di Masjid Tuminah Hamidi berlangsung dengan penuh penghayatan apabila jemaah bersama keluarga dan sahabat hadir bagi mengimarahkan Majlis Ilmu sempena National Mosque Open Day 2026.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- National Mosque Open Day 2026 Meriahkan Bagan Datuk, Orang Ramai Dijemput Hadir
- Waspada Sinaran UV, Jaga Diri Dan Keluarga
- Program Saling Mengasihi UMNO Lahad Datu Terus Bersama Rakyat
Khaled Nordin Turun Padang, Santuni Masyarakat Sempena Bulan Kemerdekaan
“Bermula dengan alunan Zikir Wirdul Latif, solat berjemaah, qasidah yang menghidupkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, sehinggalah tausiyyah yang disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Habib Najmuddin Othman Alkhered dan Alfadhil Ustaz Habib Ali Zaenal Abidin Alhamid.
“Sungguh indah apabila sebuah masjid menjadi tempat kita bertemu, menuntut ilmu, berzikir dan menyatukan hati.”
Ahmad Zahid turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jemaah yang hadir bersama-sama menghidupkan suasana di Masjid Tuminah Hamidi malam tadi.

Beliau berharap agar setiap zikir dan doa yang dipanjatkan diterima sebagai amal ibadah serta dikurniakan keberkatan oleh Allah SWT.
National Mosque Open Day 2026 masih berlangsung sehingga 15 Ogos ini dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk seisi keluarga.
Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke Masjid Tuminah Hamidi dan Dataran Bagan Datuk bagi memeriahkan program, di samping mengimarahkan masjid dalam suasana penuh harmoni dan kekeluargaan. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Putrajaya Sentiasa Bersama Rakyat, Tak Banyak Alasan
- Sufian Maradzi Santuni Keluarga Terjejas Akibat Kejadian Ribut
- Geran Usahawan Makmur Perkasa PMKS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat… Perkasa Keperluan Rakyat DUN Rembia
You must be logged in to post a comment.