Johari, Onn Hafiz Bincang Usaha Perkukuh Pelaburan Johor

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bagi membincangkan perkembangan ekonomi dan pelaburan di negeri Johor.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata Johor mencatatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bernilai RM158.0 bilion dengan pertumbuhan 8.0 peratus, tertinggi dalam kalangan negeri di Malaysia.
“Tahun lalu, Johor turut merekodkan pelaburan sekitar RM100 bilion melibatkan kira-kira 100 projek.
“Menteri Besar turut merakamkan penghargaan kepada MITI serta agensinya, khususnya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) atas usaha memudah cara pelaburan dan projek di negeri tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Dalam pada itu pertemuan tersebut membincangkan perkembangan industri pusat data, termasuk usaha memastikan pelaburan baharu memberi penekanan kepada teknologi dan penyelesaian yang meningkatkan kemampanan penggunaan tenaga dan air.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- National Mosque Open Day 2026 Meriahkan Bagan Datuk, Orang Ramai Dijemput Hadir
- Waspada Sinaran UV, Jaga Diri Dan Keluarga
- Program Saling Mengasihi UMNO Lahad Datu Terus Bersama Rakyat
Khaled Nordin Turun Padang, Santuni Masyarakat Sempena Bulan Kemerdekaan
Selain itu, Johari berkata, keperluan menambah kemudahan pendidikan swasta di Johor turut dibincangkan bagi memenuhi peningkatan permintaan, termasuk daripada pelajar Singapura yang berulang-alik atau menetap di negeri berkenaan.
“Kami bersetuju bahawa momentum pembangunan Johor perlu terus diperkukuh dan diterjemahkan kepada manfaat ekonomi yang lebih luas,” ujar beliau. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Putrajaya Sentiasa Bersama Rakyat, Tak Banyak Alasan
- Sufian Maradzi Santuni Keluarga Terjejas Akibat Kejadian Ribut
- Geran Usahawan Makmur Perkasa PMKS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat… Perkasa Keperluan Rakyat DUN Rembia
You must be logged in to post a comment.