UMNO Putatan Terus Bersama Rakyat, Prihatin Keperluan Semasa

PUTATAN, 14 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed meneruskan komitmennya mendekati masyarakat setempat menerusi pendekatan turun padang dan membuka ruang kepada rakyat untuk menyampaikan pelbagai permohonan serta permasalahan yang dihadapi.
Beliau berkata, setiap kali berada di pejabat, beliau menerima kunjungan penduduk Putatan yang hadir membawa pelbagai permohonan dan berharap sebahagian daripadanya dapat dibantu mengikut kemampuan.
“Alhamdulillah pagi ini saya dapat hadir ke pejabat. Seperti biasa, jika saya berada di kawasan, ramai penduduk Putatan akan hadir bertemu saya dengan pelbagai permohonan. Insya-Allah, mana-mana yang boleh saya bantu, saya akan usaha bantu.
“Terima kasih kerana sudi hadir ke pejabat saya dan saya mohon maaf atas segala kekurangan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- National Mosque Open Day 2026 Meriahkan Bagan Datuk, Orang Ramai Dijemput Hadir
- Waspada Sinaran UV, Jaga Diri Dan Keluarga
- Program Saling Mengasihi UMNO Lahad Datu Terus Bersama Rakyat
Khaled Nordin Turun Padang, Santuni Masyarakat Sempena Bulan Kemerdekaan
Usai bertemu penduduk, Jeffery turut meluangkan masa menziarahi seorang sahabat di Kampung Meruntum yang baru kehilangan ibu tercinta.
Beliau menyampaikan ucapan takziah serta mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan.
Dalam perkembangan sama, Jeffery turut menyuarakan keprihatinan terhadap keadaan kebersihan di sekitar dua jambatan yang sering dilaluinya, iaitu Jambatan Meruntum dan Jambatan Ketiau.
Menurutnya, keadaan sampah yang kelihatan di kawasan berkenaan bukan sahaja mencacatkan pemandangan, malah perlu diberi perhatian bersama demi memastikan Putatan kekal sebagai daerah yang bersih, harmoni dan selamat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Biadab Label Bangsa Sebagai ‘Melayu Sakau’ – Sollehin
- ADUN Behrang Terus Perjuang Kemudahan Rakyat, Perkasa Modal Insan
- Kita Mahu Pasar Linggi Terus Hidup, Selesa – Mohd Faizal

“Saya setiap hari melintasi dua jambatan ini. Sampah-sampah ini seolah-olah menyakitkan mata memandang.
“Saya mohon pihak MDPTN ambil tahu mengenai keadaan ini. Sama-sama kita mengambil sikap menjaga daerah kita ini,” katanya.
Beliau pada masa sama mencadangkan supaya satu pendekatan lebih tersusun dipertimbangkan, termasuk sekiranya perlu mewujudkan pasukan tindakan atau task force daripada pihak berkuasa tempatan bagi memantau kawasan persisiran jalan dan lokasi yang dikenal pasti berdepan isu pembuangan sampah.
Jeffery turut menegaskan bahawa isu kebersihan bukan semata-mata tanggungjawab pihak berkuasa tempatan, sebaliknya memerlukan penglibatan semua pihak termasuk JKKK, ketua-ketua kampung dan masyarakat setempat.
“Pihak JKKK dan ketua kampung berdekatan juga perlu ambil tahu mengenai isu ini. Sudah sampai masanya kita berubah untuk menjadikan daerah kita bersih, harmoni dan selamat.
“Kita orang Putatan dan kita perlu sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga kawasan kita,” katanya lagi. – UMNO Online
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Putrajaya Sentiasa Bersama Rakyat, Tak Banyak Alasan
- Sufian Maradzi Santuni Keluarga Terjejas Akibat Kejadian Ribut
- Geran Usahawan Makmur Perkasa PMKS
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat… Perkasa Keperluan Rakyat DUN Rembia
You must be logged in to post a comment.