Kerajaan Negeri Pahang Komited Perkasa Ekosistem Ekonomi

Kerajaan Negeri Pahang Komited Perkasa Ekosistem Ekonomi

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited untuk terus memperkasa ekosistem ekonomi negeri yang melibatkan pelbagai sektor, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau yang juga Naib Presiden UMNO memaklumkan telah menghadiri Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi Negeri Pahang Tahun 2026 (MAGKP’26) pada Khamis.

 

“Malam tadi saya menghadiri MAGKP’26 yang telah berlangsung di Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan. Syabas dan tahniah kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Pahang atas penganjuran majlis ini, khususnya dalam menghargai sumbangan, komitmen dan kejayaan warga gerakan koperasi di Negeri Pahang.

“Gerakan koperasi hari ini telah berkembang sebagai antara kekuatan penting dalam pembangunan ekonomi negeri, melibatkan pelbagai sektor termasuk perladangan, pertanian, perkhidmatan, peruncitan dan bidang keusahawanan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berharap agar gerakan koperasi di Negeri Pahang menjadi antara pemacu penting dalam membina ekonomi negeri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat… Perkasa Keperluan Rakyat DUN Rembia


Kerajaan Negeri Pahang Komited Perkasa Ekosistem Ekonomi

“Seiring dengan Aspirasi Pahang 1st, kerajaan negeri sentiasa komited untuk terus memperkasa ekosistem ekonomi yang mampu membuka lebih banyak peluang, meningkatkan pendapatan serta mewujudkan manfaat meluas kepada rakyat.

“Semoga gerakan koperasi di Pahang akan terus melangkah lebih jauh, inovatif dan berdaya saing, sekaligus menjadi antara pemacu penting dalam membina ekonomi negeri yang kukuh dan mampan,” katanya lagi. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

National Mosque Open Day 2026: Masjid Tuminah Hamidi Semarak Ukhwah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker