Speedy Tigers tak gentar Jerman

Kuala Lumpur: Skuad hoki negara tidak gentar dengan perbezaan ranking apabila berdepan Jerman pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala Dunia Hoki 2026 di Belgium dan Belanda, esok.
Sebaliknya, ketua jurulatih Speedy Tigers, Brendon Carolan percaya persiapan rapi sepanjang dua bulan lalu mampu membantu anak buahnya memberikan cabaran sengit kepada pasukan di ranking kelima dunia itu.
Menurutnya, siri perlawanan di Afrika Selatan selain kem latihan di Gent, Belgium memberi persediaan terbaik buat skuad negara sebelum turun beraksi di pentas dunia.
“Persiapan kami sangat baik dalam tempoh dua bulan terakhir ini. Siri perlawanan di Afrika Selatan juga sangat baik untuk kami.
“Kami turut menjalani kem latihan yang bagus di Gent dan saya rasa pemain benar-benar tidak sabar untuk memulakan kejohanan ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelaksanaan Projek Sumber, Bekalan Air Utama Terus Dipercepat – Onn Hafiz
- Kerajaan Negeri Pahang Komited Perkasa Ekosistem Ekonomi
“Mereka menunjukkan corak permainan yang baik dan saya rasa sudah bersedia sepenuhnya untuk memberikan cabaran sengit kepada Jerman,” katanya.
Malaysia kini berada di ranking ke-14 dunia, sembilan anak tangga di belakang Jerman, namun Brendon menegaskan kedudukan berkenaan tidak seharusnya menjadi ukuran utama dalam pertembungan itu.
Katanya, prestasi Speedy Tigers ketika ini jauh lebih baik berbanding aksi mereka pada Piala Negara-Negara kira-kira dua setengah bulan lalu.
“Sememangnya Jerman berada di ranking kelima dunia manakala kita ke-14, jadi ada sedikit perbezaan kedudukan.
“Namun, kami sudah membuat persiapan rapi dan saya rasa kami bermain lebih baik ketika ini berbanding apa yang kami pamerkan di Piala Negara-Negara.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Putatan Terus Bersama Rakyat, Prihatin Keperluan Semasa
- Johari, Onn Hafiz Bincang Usaha Perkukuh Pelaburan Johor
National Mosque Open Day 2026: Masjid Tuminah Hamidi Semarak Ukhwah
“Jika kita ketepikan soal ranking, saya percaya pemain akan beraksi dengan baik dan jangkaan kami adalah untuk memberikan saingan kompetitif kepada pasukan Jerman yang sangat hebat,” katanya.
Brendon juga mahu pemain turun dengan keyakinan tinggi selain membawa rasa bangga ketika menyarung jersi negara pada kejohanan berprestij itu.
“Paling penting, bermain dengan keyakinan diri dan mempunyai rasa bangga mewakili negara.
“Beraksi untuk Malaysia di Piala Dunia adalah sesuatu yang sangat berprestij dan saya tahu pemain tidak sabar untuk mengharumkan nama negara,” katanya.
Pertembungan dengan Jerman esok menjadi ujian pertama Speedy Tigers dalam misi memburu sekurang-kurangnya dua kemenangan bagi membuka peluang mara terus ke suku akhir.
Malaysia kemudian dijadualkan menentang Perancis pada Isnin sebelum berdepan Belgium dalam aksi terakhir Kumpulan B, awal pagi Rabu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.