Mahathir jangan harap dapat sokongan orang Melayu melalui GTA – Prof Awang Azman

Gerakan Tanah Air (GTA) yang dipelopori bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dilihat tidak berupaya untuk menarik sokongan pengundi Melayu, namun mampu memecahkan undi Melayu dalam PRU15 nanti, kata penganalisis politik.

Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya (UM), berpendapat sokongan pengundi Melayu masih lagi berkisar kepada BN, PAS, Amanah dan sedikit PKR.

“Untuk mereka mendapat undi pada PRU15 saya kira ia tidak memberi kesan yang besar. Hal ini kerana parti ini merupakan parti-parti yang kecil yang tidak mempunyai pengaruh, yang kurang keahlian, kurang memberikan impak untuk mendapatkan undi Melayu.



“Saya kira undi Melayu masih lagi berkisar kepada BN, berkisar kepada PAS dan juga Amanah, serta sedikit PKR. Jadi, saya lebih melihat ini akan menyebabkan perpecahan undi Melayu. Apabila perpecahan undi Melayu berlaku ia memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).

Gambar fail, Prof Awang Azman Awang Pawi .

“Mahathir cuba mendapatkan kekuatan politik dengan cuba mendapatkan sokongan parti-parti Melayu lain seperti parti Putra, Berjasa, Iman termasuk ahli akedemik dan NGO.

‘Saya kira kekuatan itu tidak mencapai tahap yang tinggi,” katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas mengenai GTA yang diwujudkan untuk menentang Umno.

Pada 4 Ogos, Mahathir mengumumkan penubuhan GTA yang menjadi gabungan politik Melayu baru pimpinannya dan berhasrat untuk bertanding di 120 daripada 222 kerusi parlimen pada PRU15.



Mahathir yang juga pengerusi GTA berkata, gerakan itu akan bertanding di kerusi majoriti Melayu khususnya kawasan tradisi Umno.

“Kita jemput orang Melayu saja bukan kerana kita perkauman, (tetapi) kerana usaha kita untuk lawan parti Melayu yang telah menyeleweng iaitu Umno.

“Sebab itu kita buat parti Melayu untuk menentang parti Melayu,” katanya dalam sidang media pengumuman gerakan baru itu di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Mengulas lanjut, Awang Azman berkata melihat pengundi Melayu akan menyokong parti Melayu adalah satu dapatan tidak tepat kerana pada hari ini undi orang Melayu turut menyokong parti berbilang kaum.



Bagi seorang lagi penganalisis politik, Azmi Hassan pula berpendapat strategi GTA sudah betul namun pengisiannya tidak strategik.

Azmi tidak menolak kemungkinan GTA diwujudkan selepas Muafakat Nasional (MN) dilihat tidak bermaya namun MN telah diasaskan oleh dua parti politik dominan orang Melayu yang kuat.

“Mahathir menggunakan kekosongan itu, tetapi masalahnya PAS dan Umno membentuk MN begitu kuat pengaruh di kalangan pengundi Melayu, Islam.

“Berbeza dengan Pejuang, Iman, Berjasa, malah Putra kekuatan mereka dalam menarik sokongan pengundi Melayu adalah tidak boleh dijamin kekuatan mereka.



“Jadi boleh dikatakan strateginya betul, tapi pengisiannya, parti yang mengisinya yang menjadi masalah,” katanya kepada Malaysiakini.

Geostrategis Universiti Teknologi Mara itu turut senada dengan Awang Azman bahawa GTA sekadar memecahkan undi Melayu dalam PRU15.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker