Pak guard dilibas pedang kerana tegur penunggang motosikal meninggal dunia

Pak guard dilibas pedang kerana tegur penunggang motosikal meninggal dunia

Seorang pengawal keselamatan yang cedera di kepala dan tangan kiri akibat dilibas pedang meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, hari ini.

Mangsa, Ismail Ahmad, 58, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 petang tadi selepas dimasukkan ke hospital sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kematian mangsa, namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana siasatan masih dijalankan, lapor Berita Harian.

Difahamkan, mayat akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan punca kematian mangsa hanya akan diketahui selepas proses bedah siasat yang dijangka dilakukan dalam masa terdekat.

Terdahulu, seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini, atas pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan sebilah pedang terhadap mangsa.

Tertuduh, R Subramaniam, 41, mengaku bersalah terhadap perbuatannya itu sebelum mahkamah menetapkan 29 Ogos depan untuk tarikh jatuh hukum sementara menunggu laporan perubatan penuh mangsa.

Mahkamah turut membenarkan Subramaniam diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan dengan meminta tertuduh melapor diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda sehingga kesnya selesai.

Difahamkan, kematian mangsa itu akan menyebabkan kes berkenaan kemungkinan bakal dipinda mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian pada jam 4.40 petang Khamis lalu, Allahyarham Ismail cedera di kepala dan tangan kiri selepas dilibas pedang oleh seorang lelaki yang tidak berpuas hati kerana ditegur mangsa ketika dia menunggang motosikal.

Mangsa dikatakan menegur perbuatan lelaki terbabit yang ketika itu dilihat menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan tapak projek berkenaan sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Lelaki terbabit beredar sebelum datang semula bersama dua rakan dan melibas sebilah pedang terhadap mangsa sehingga pengawal keselamatan terbabit terpaksa dikejarkan ke hospital.

Susulan daripada kejadian itu juga menyebabkan berlaku penyebaran berita palsu di media sosial yang cuba dilakukan individu tertentu dipercayai sengaja mahu mencetuskan isu perkauman. FMT

Pak guard dilibas pedang kerana tegur penunggang motosikal meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker