Tak jauh Pun, Kemensah Je! Kebun Che Mah Jadi ‘Port’ Wajib Peminat Durian Dan Riadah

Tak jauh Pun, Kemensah Je! Kebun Che Mah Jadi ‘Port’ Wajib Peminat Durian Dan Riadah

TENANG lagi mempesonakan dan jauh dari hiruk pikuk kota, destinasi ini memberi kepuasan maksimum kepada sesiapa saja yang sukakan kedamaian.

Tidak perlu pergi jauh, di sini anda dapat menikmati kehijauan alam semula jadi dan pada masa sama menyaksikan bangunan pencakar langit termasuk Menara Kembar PETRONAS.

Ia merupakan satu panorama yang sungguh mengasyikkan daripada ketinggian 243 meter di atas paras laut.

Keindahan panorama Kuala Lumpur dari Kebun Che Mah.

Begitulah keunikan dan keistimewaan Kebun Che Mah yang terletak dekat Kemensah di Ampang, Selangor.

Aktiviti mendaki

Penulis sendiri merasai pengalaman naik ke puncak menaiki pacuan empat roda dengan perjalanan singkat selama 15 minit yang begitu mencabar tetapi menyeronokkan.

Selain pacuan empat roda anda juga boleh mendaki serta menyewa ATV untuk sampai ke Kebun Che Mah.

 

Rasai pengalaman menyeronokkan dengan menaiki ATV.

Kebun Che Mah juga merupakan laluan ke Permatang Kuarza Klang Gates atau lebih dikenali sebagai Bukit Tabur.

Dibuka 24 jam, kedatangan anda akan disambut ramah oleh pekerja, dan jika bernasib baik anda sendiri dapat berpeluang bertemu dengan pemiliknya, Nurul Hikmah Abd Khalid.

Tidak lokek dengan senyuman, sikap ramah wanita yang berpersonaliti ceria membuatkan kehadiran anda amat disenangi.

Lokasi tumpuan pendaki dan aktiviti outdoor.

Pesta durian

Aktiviti yang menarik perhatian ramai tentunya pesta durian, lebih-lebih lagi rasa lemak manis Musang King, kata Nurul Hikmah yang lebih dikenali sebagai Che Mah.

“Di Kebuh Che Mah tersedia 200 pokok durian pelbagai jenis, antaranya D24, Golden Phoenix dan Musang King. Daripada 200 pokok durian, 150 pokok adalah Musang King.

“Selain itu, terdapat juga pelbagai tanaman seluas 5 ekar seperti pokok limau, roselle, rambutan, manggis, jambu batu, belimbing dan jagung serta sayur-sayuran antaranya bayam, sawi dan kailan,” katanya ketika ditemui mStar di Kebun Che Mah, baru-baru ini.

Che Mah (hadapan, kanan) bersama yang lain menikmati durian.

Hidangan durian dan pelbagai jenis buah-buahan turut menambat hati pelancong tempatan dan asing terutama dari Korea, Jepun, Taiwan, China dan Australia.

“Ramai je yang buat kebun dan dusun dalam bandar. Tapi mungkin tidak secara besar-besaran atau serius. Keseluruhan lima ekar ini untuk tujuan pertanian.

“Di sini banyak tanah yang terbiar, jadi diharapkan kita dapat sokongan dan kongsi peluang untuk buat aktiviti pertanian secara besar-besar di sekitar Permatang Kuarza.

“Harapan saya supaya kawasan ini dikenali sebagai kebun Musang King dalam bandar. Kebun dalam bandar itu biasa tapi keunikan durian itu membuatkannya luar biasa,” tambah Che Mah.

Meneroka alam semula jadi.

Percayalah, pesta durian ini merupakan acara yang paling dinanti-nantikan selain kehadiran orang awam untuk melakukan aktiviti outdoor.

Berkhemah

Menjadikan Kebun Che Mah sebagai eksklusif, mereka yang mahu melakukan aktiviti secara berkumpulan seperti team building atau berkhemah perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

Kebun Che Mah sesuai untuk aktiviti perkhemahan.

Dengan suhu sejuk di atas puncak dan pemandangan indah Kuala Lumpur menjadikannya sebagai lokasi yang sesuai untuk aktiviti perkhemahan.

Jangan risau, di sini tersedia kemudahan tandas dan surau.

Kebun Che Mah juga terletak bersebelahan dengan perkampungan Orang Asli Kemensah.

Maka diwujudkan juga pusat pembelajaran berorientasikan rekreasi untuk anak-anak Orang Asli yang dinamakan Rimba Learning Centre (RLC).

Off Road Cafe yang menyediakan hidangan enak dengan pemandangan yang memukau.

Kebun Che Mah turut menjadi persinggahan untuk menikmati sarapan seperti nasi lemak dan bihun goreng di Off Road Cafe buat kalangan pendaki melakukan aktiviti pendakian sejak awal pagi.

Walaupun makanan yang disajikan mungkin ringkas, tapi pemandangan yang memukau dari atas bukit ternyata luar biasa.

Mana lagi nak cari dusun dalam bandar yang menawarkan 1,001 tarikan yang sukar untuk digambarkan melainkan anda merasai pengalaman sendiri dengan berkunjung ke sini.

Maka tidak hairanlah Kebun Che Mah digelar sebagai Permata Kemensah atau Jewel of Kemensah. Tunggu apa lagi? Jom ke sini!

Tak jauh Pun, Kemensah Je! Kebun Che Mah Jadi ‘Port’ Wajib Peminat Durian Dan Riadah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Alat sulit patah ketika hubungan intim ganas dengan isteri

Punca aircond tak sejuk

I Love You Nina- Shila Amzah, Tokti & Fazura Antara Barisan Selebriti Beri Sokongan Buat Mizz Nina

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker