Hasanah dibebas sepenuhnya kes pecah amanah RM50.4 juta

Hasanah dibebas sepenuhnya kes pecah amanah RM50.4 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan sepenuhnya bekas ketua pengarah Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Hasanah Abdul Hamid dalam kes pecah amanah jenayah bernilai AS$12.1 juta (RM50.4 juta) melibatkan dana kerajaan.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menyampaikan keputusan itu di akhir rayuan yang difailkan Hasanah terhadap Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan dia dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), pada April tahun lalu.



Menurut undang-undang, tertuduh yang diberikan DNAA masih boleh didakwa atas pertuduhan sama di masa akan datang.

Namun Roz Mawar hari ini memutuskan bahawa DNAA selama lebih setahun adalah “tidak adil” kepada Hasanah, dan berkata keadilan tidak diberikan dengan cara itu.

Terdahulu, Hasanah didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun, sebat dan denda.

[Berita lanjut menyusul]

Hasanah dibebas sepenuhnya kes pecah amanah RM50.4 juta




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu



Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker