Beijing beri amaran kepada AS bahawa Taiwan hak China

Beijing beri amaran kepada AS bahawa Taiwan hak China

BEIJING – Pemerintah China sekali lagi bertegas bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada Tanah Besar dan menganggap Amerika Syarikat (AS) cuba merampas pulau tersebut, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menteri Luar China, Wang Yi berkata, Taiwan tidak akan menjadi sebahagian daripada wilayah AS meskipun menerima kunjungan Speaker Dewan Perwakilan, Nancy Pelosi pada Selasa minggu lalu.

Kunjungan Pelosi ke Taiwan adalah sebahagian daripada rangka lawatan delegasi Kongres AS ke Asia.

Wang Yi yang mengeluarkan kenyataan tersebut semasa lawatan ke Bangladesh semalam. Katanya, AS menggunakan hujah palsu dan penipuan bagi merealisasikan rancangannya mengenai Taiwan.

Beliau juga berkata, tindakan China melibatkan pulau itu adalah wajar dan sah, malah perlu untuk melindungi kedaulatan dan integriti wilayah Taiwan.

Beijing yang berang berhubung lawatan Pelosi ke Taiwan bertindak membatalkan beberapa siri perbincangan dan perjanjian kerjasama dengan Washington, terutamanya mengenai perubahan iklim dan pertahanan.

Pada hari Jumaat lalu, China turut mengenakan sekatan terhadap Pelosi. K Online

Beijing beri amaran kepada AS bahawa Taiwan hak China


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker