Dulu bukan main bangga dengan LCS, sekarang Chin Tong buat bising pula

Dulu bukan main bangga dengan LCS, sekarang Chin Tong buat bising pula

Satu hantaran Facebook yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong merasmikan Upacara Peletakan Lunas Kapal Tempur Pesisir (LCS) Keempat pada 31 Oktober 2018 kini menjadi perhatian netizen.

Pengerusi DAP Johor itu disindir kerana melahirkan rasa bangga dengan projek tesebut ketika Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan tetapi selepas tumbang, macam-macam pula kritikan dilemparkan terhadap projek itu.

“YB. Saya dari masa hadapan. YB bangga ketika ini (rasmi), sekarang tidak bangga lagi? Dulu semua bangga sekarang semua tidak bangga. Ayooo. Dulu diam sekarang bising,” komen Mohd. Hazli Bobo Hassan. “Amboi, masa jadi kerajaan “bangga”, sudah jadi pembangkang balik semua benda tak kena,” tulis Jay Hasse pula. “Hai saya kembali ke seni untuk terokai masa yang berlalu, wah meriah eh rasmi kapal ini,” sindir Tawfiq Waynee. “Saya dari masa depan, akan datang kapal LCS ni akan jadi isu pasal kapal lambat siap sebab PH tangguh dan bekukan ia,” komen Reyoo Mysterio.



Dalam hantaran tersebut Chin Tong yang merupakan Timbalan Setiusaha Agung DAP berkongsi beberapa gambar ketika merasmikan peletakan lunas LCS keempat.

Chin Tong yang melahirkan rasa bangga dengan projek LCS turut menyatakan pembinaan kapal canggih itu mendapat kerjasama daripada syarikat Perancis.

“Saya amat berbangga kerana diberi penghormatan untuk merasmikan Upacara Peletakan Lunas LCS Keempat (Littoral Combat Ship 4) pagi tadi. “LCS 4 yang sedang dibina adalah sebuah kapal dari kelas Gowind, bakal dilengkapi dengan keupayaan persenjataan yang memiliki kuasa tempur dan sistem pertahanan 4 dimensi peperangan iaitu peperangan udara, paras permukaan, bawah permukaan dan elektronik. “LCS ini adalah sebuah projek nasional yang melibatkan pembinaan kapal yang buat julung-julung kalinya direkabentuk dan dibina sepenuhnya oleh warga tempatan dengan bantuan perundingcara daripada Naval Group (NG), Perancis,” katanya.

Chin Tong antara pemimpin PH yang lantang bersuara mengenai isu yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).



Pengerusi DAP Johor itu antara lain memberi amaran kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengambil tanggungjawab atas kegagalan perolehan LCS selepas meluluskan projek berkenaan sebagai Menteri Pertahanan pada 2011.

Menerusi hantaran di Facebook, Timbalan Setiausaha Agung DAP itu mengingatkan Ahmad Zahid supaya tidak cuba “lari daripada tanggungjawab” malah perlu menjawab kepada rakyat berhubung projek tersebut. MG

Dulu bukan main bangga dengan LCS, sekarang Chin Tong buat bising pula


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker