Saya tak akan letak jawatan – Sivakumar

Saya tak akan letak jawatan – Sivakumar

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar berkata beliau tidak akan meletak jawatan ketika siasatan dakwaan rasuah sedang dijalankan.

Beberapa pihak menggesa Sivakumar bercuti selepas beliau dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap pengambilan pekerja asing, yang menyaksikan tiga pembantunya ditahan.

Katanya, beliau akur dengan pendirian Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau tidak perlu meletakkan jawatan.

“PM sudah menjawab soalan itu. Biarlah. Biar PM memutuskannya,” katanya menurut New Straits Times ketika ditanya mengenai gesaan berulang kali supaya beliau berundur.

Pada 17 April, Anwar berkata tidak ada keperluan untuk Sivakumar bercuti kerana dia hanya dipanggil untuk memberi kenyataan kepada SPRM, sambil menambah tiada pertuduhan dikenakan terhadap menteri itu.

Agensi antirasuah telah menahan tiga pembantu Sivakumar dan membebaskan mereka selepas reman selama empat hari tamat pada 17 April.

Sumber sebelum ini memberitahu FMT bahawa dua daripada tiga pembantu itu telah kembali bekerja manakala seorang lagi telah digantung gaji. FMT

Saya tak akan letak jawatan – Sivakumar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Virgoun buat seks ketika berpuasa

Instafamous Elcah dakwa bekas suami paksa poligami

Baju tahun lepas pun tak habis pakai – Che Ta

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker