2 pencuri dihukum makan daun betik
2 pencuri dihukum makan daun betik

JAKARTA – Dua lelaki dihukum makan daun pokok betik selepas mereka ditangkap mencuri buah itu di sebuah kebun milik penduduk tempatan, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Desa Sei Mencirim, wilayah Sumatera Utara kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleg akaun @officiallambeturah menunjukkan dua pencuri terbabit dikepung oleh penduduk setempat.
Tidak tahan dengan kehilangan buah betik yang terlalu kerap, warga setempat memaksa kedua-dua pencuri untuk memakan daun pokok betik yang pahit.
“Hukuman ini dikenakan kerana penduduk tempatan sudah muak dengan kes kecurian di kebun mereka,” kata seorang penduduk tempatan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 16,100 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Padan muka,” kata seorang netizen . – AGENSI
2 pencuri dihukum makan daun betik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saham MyEG/Zetrix AI Merudum, MOF Perlu Beri Penjelasan Terbuka
- 22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih, Sasar 60,000 Menjelang 2030 – Johari
- Kes Dr Akmal & Teresa Kok: Adab Politik Bukan Pengganti Ujian Undang-Undang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.