Meta didenda RM102 bilion, ‘tipu’ privasi data pengguna
Meta didenda RM102 bilion, ‘tipu’ privasi data pengguna

ALBUQUERQUE, NEW MEXICO – Syarikat gergasi teknologi, Meta yang mengendalikan platform popular Facebook, Instagram dan WhatsApp dikenakan denda terbesar dalam sejarah perniagaannya selepas didapati bersalah menipu orang ramai berhubung privasi data pengguna, lapor Perbadanan Penyiaran Britain.
Hakim Francis Mathew di mahkamah New Mexico, Amerika Syarikat (AS) memerintahkan Meta membayar denda AS$25 bilion (RM102 bilion) susulan perbicaraan selama dua minggu yang membuktikan syarikat itu menyebarkan maklumat palsu berhubung pengendalian data pengguna Facebook.
Menurut Hakim Mathew, tindakan pelanggaran undang-undang dan salah nyata yang dilakukan Meta adalah secara ‘sengaja’ serta berlarutan selama lebih 11 tahun dari 2010 hingga 2021.
“Penipuan ini bukan sahaja melibatkan amalan data Facebook, malah ia menyentuh sehingga ke teras amalan perniagaan utama syarikat berkenaan,” katanya.
Saman yang dikemukakan oleh Negeri New Mexico itu berpunca daripada peranan syarikat berkenaan dalam skandal Cambridge Analytica, yang memanfaatkan data jutaan pengguna Facebook bagi perundingan politik, termasuk kempen Pilihan Raya Presiden AS 2016.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemergian Adik Asiah Sentuh Hati Zahid, Titip Doa Buat Keluarga
- Hormati Proses Kehakiman, Kekalkan Konsistensi Undang-Undang – Ahli Parlimen Kuala Pilah
- Wan Rosdy Tegas Komitmen Jaga Kebajikan Rakyat Pahang
ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah
Selain isu data, juri mahkamah turut mendapati Meta sengaja mengelirukan orang ramai berhubung keuntungan yang diperoleh daripada kandungan ucapan kebencian serta penguatkuasaan peraturannya.
Peguam Negari New Mexico, Raul Torrez berkata, keputusan mahkamah itu membuktikan tiada mana-mana perbadanan gergasi yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.
“Sekian lama syarikat teknologi berkuasa ini beroperasi seolah-olah saiz dan pengaruh mereka meletakkan mereka di atas undang-undang.
“Keputusan hari ini menegaskan bahawa tiada korporat yang terlalu berkuasa untuk dipertanggungjawabkan,” jelasnya.
Pihak pendakwaan sebelum ini menuntut denda sehingga AS$40 bilion (RM163 bilion) selepas menyimpulkan bahawa keseluruhan dua juta penduduk New Mexico terjejas akibat ketidakjujuran Meta, selain melanggar undang-undang negeri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembiayaan Mikro Pacu Perkembangan Usahawan – Mohamad Alamin
- ‘Kita Geng Biru’ Gegar Melaka, BN Sedia Perkukuh Khidmat
- Hutang Negara RM741 Bilion Jadi RM1.4 Trilion! Isam Persoal Dua Standard Kerajaan
MyKad Generasi Baharu Perkukuh Keselamatan Identiti – Dr Shamsul
Sementara itu, Ketua Peguam Meta, CJ Mahoney mempertikaikan keputusan berkenaan dan mendakwa saman itu seolah-olah bertujuan mengenakan ‘cukai ke atas kebebasan bersuara’.
Beliau menegaskan bahawa keputusan itu menyukarkan Meta untuk terus menjalankan perniagaan di New Mexico dan mengesahkan syarikat itu bakal mengemukakan rayuan berhubung hukuman tersebut. – AGENSI
Meta didenda RM102 bilion, ‘tipu’ privasi data pengguna
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saham MyEG/Zetrix AI Merudum, MOF Perlu Beri Penjelasan Terbuka
- 22,849 Bakat Semikonduktor Dilatih, Sasar 60,000 Menjelang 2030 – Johari
- Kes Dr Akmal & Teresa Kok: Adab Politik Bukan Pengganti Ujian Undang-Undang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.