Penduduk kampung gempar penemuan berpuluh-puluh ‘pocong’

Penduduk kampung gempar penemuan berpuluh-puluh ‘pocong’

Penduduk kampung gempar penemuan berpuluh-puluh ‘pocong’
DOKTOR forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi penemuan puluhan bungkusan kain kafan mengandungi tulang di Kota Magelang. – Humas Polres Magelang Kota

JAKARTA – Penduduk di Canguk, Magelang dalam wilayah Jawa Tengah gempar berhubung penemuan berpuluh-puluh bungkusan kain kafan menyerupai pocong bertaburan di tempat tambakan tanah, berhampiran sebuah masjid, lapor laman berita Detik News.

Kejadian itu menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat yang bimbang bungkusan misteri itu menyimpan mayat manusia atau bayi.

Ketua masyarakat setempat, Lukisno berkata, dia menerima aduan berhubung penemuan daripada seorang penduduk yang mencari barang terpakai di kawasan itu pada malam Sabtu lalu.

“Kawasan tanah di situ agak curam, jadi ia sering dijadikan tempat pembuangan sisa bangunan dan tanah tambak oleh beberapa buah kenderaan.

“Ketika melihat kawasan tersebut, saya mendapati terdapat banyak bungkusan kecil kain kafan yang diikat rapi menggunakan kain tenun berwarna putih dan kami kumpulkan lebih 20 bungkusan,” katanya ketika ditemui media tempatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

ANGKASA, Analytx Meterai MoU Tampil Dengan Inisiatif Baharu – Abdul Fattah


Risau dengan penemuan menyeramkan itu, penduduk mengambil keputusan untuk tidak menyentuhnya dan terus menghubungi pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

Polis kemudian memasang pita penghadang di lokasi itu dan mengambil sampel bagi siasatan forensik.

Misteri bungkusan kain kafan itu terjawab selepas pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pasukan forensik semalam.

“Analisis forensik ke atas struktur tulang yang ditemui mengesahkan bahawa ia bukan tulang manusia.

“Pihak forensik mengesahkan bungkusan berkenaan hanya mengandungi bangkai haiwan, dipercayai sama ada kucing atau anjing,” kata Lukisno. – AGENSI

Penduduk kampung gempar penemuan berpuluh-puluh ‘pocong’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

BN Sayang Rakyat: Amal Politik Sihat, Hindari Kebencian

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker