Panik diserbu imigresen, warga Indonesia terjun tingkat 4 elak ditahan

Panik diserbu imigresen, warga Indonesia terjun tingkat 4 elak ditahan

Seorang warga Indonesia nekad terjun dari tingkat empat rumah kedai di Kompleks Hentian Kajang demi melarikan diri daripada pihak berkuasa tengah malam tadi.

Lelaki itu tersangkut pada bumbung di tingkat dua selepas terjun dari tingkap rumah sewa yang didiami bersama dua rakannya yang juga warga Indonesia di tingkat empat, sebelum jatuh ke tingkat bawah dan cuba melarikan diri ke belukar berhampiran, tetapi berjaya ditahan penguat kuasa.

Akibatnya, kaki kanannya dipercayai patah. Kontraktor berusia 27 tahun itu berkata, dia memasuki Malaysia tiga tahun lalu bertindak melarikan diri kerana pasportnya tamat tempoh Disember lalu.



Dalam pada itu, Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya memeriksa 425 warga asing di 134 kediaman membabitkan enam blok bangunan di kawasan terbabit, dengan 132 lelaki, 41 wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan warga asing ditahan. Semuanya berusia dua hingga 55 tahun.

“Mereka yang ditahan membabitkan 115 warga Myanmar, 33 warga Indonesia, 13 warga Bangladesh, sembilan warga Nepal, empat warga Sri Lanka dan seorang warga India,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Khairul Dzaimee berkata, pihaknya sudah lama memerhatikan Kompleks Hentian Kajang kerana ramai warga asing, termasuk dari Indonesia, Myanmar, Bangladesh serta India mendiami kawasan itu.

Dalam kalangan warga asing, katanya, ada yang merupakan pencari suaka warga Myanmar, iaitu etnik Shan yang mempunyai surat Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan mempunyai keluarga di sini.



Beliau berkata, kebanyakan warga asing yang ditahan itu bekerja sebagai tukang cuci, pembantu restoran, pekerja kilang dan kedai di kawasan sekitar.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu dalam sektor perkilangan dan pemegang kad UNHCR etnik Rakhine yang membawa pendatang asing tanpa izin tinggal bersama.

Beliau berkata, kebanyakan Pati yang ditahan dipercayai memasuki Malaysia menggunakan laluan laut menerusi pintu masuk di Johor.

“Mereka yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.” FMT



Panik diserbu imigresen, warga Indonesia terjun tingkat 4 elak ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker