Olivia Newton-John meninggal dunia

Olivia Newton-John meninggal dunia

LOS ANGELES: Bintang Hollywood, Olivia Newton-John, 73, meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser payudara, pagi ini.

Olivia yang terkenal dengan watak Sandy dalam filem muzikal mega, Grease menghembuskan nafas terakhir di ladang miliknya di California, Amerika Syarikat (AS).

BBC memetik pengurus penyanyi dan pelakon itu yang mengesahkan kematian Olivia berpunca daripada kanser.



Suami Olivia, John Easterling berkata, isterinya pergi dengan tenang, lapor BBC.

Mendiang meninggalkan suami, John Easterling dan anak perempuannya, Chloe Lattanzi.

Sementara itu, semakan di Instagram (IG) rasmi Olivia iaitu @therealonj mendapati keluarga Olivia memuat naik status memaklumkan pemergian bintang legenda itu.

Status yang dimuat naik kira-kira lima jam lalu itu menyebut:



“Olivia Newton-John meninggal dunia dengan tenang di ladang miliknya di California Selatan, dikelilingi keluarga dan teman-teman, pagi ini.

“Kami meminta semua pihak menghormati privasi keluarga pada detik sukar ini.

“Olivia adalah simbol kejayaan dan harapan selama 30 tahun berkongsi pengalamannya menghidap kanser payudara.

“Inspirasi mendiang untuk sembuh dan penerokaannya dalam mencari penawar berasaskan tumbuh-tumbuhan akan diteruskan Yayasan Olivia Newton-John,” kata entri berkenaan.



Ketika hayatnya, Olivia mencipta kejayaan sebagai penyanyi lagu ‘country’ dan menjual berjuta-juta album di seluruh dunia.

Namun, watak penuntut sekolah tinggi bernama Sandy dalam filem Greese melonjakkan nama mendiang di puncak populariti.

Filem Grease yang ditayangkan pada 1978, menggandingkan Olivia dengan aktor, John Travolta. Filem itu menghasilkan tiga single duet popular termasuk You’re The One That I Want dan Summer Nights,.

Mendiang dilahirkan di Cambridge, United Kingdim (UK) pada 26 September 1948.

Olivia mula dikenali selepas merakamkan lagu If Not For You ciptaan Bob Dylan yang menguasai carta UK pada 1971.

Mendiang memenangi empat trofi Anugerah Grammy dan memiliki tujuh single nombor satu di AS antara 1974 hingga 1977, lapor agensi. K Online

Olivia Newton-John meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker