TNB tawar Insentif Sinaran Merdeka

TNB tawar Insentif Sinaran Merdeka

Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekali lagi menawarkan Insentif Sinaran Merdeka bagi menggalakkan pelanggan komersial menerangi bangunan dan kawasan persekitaran dengan lampu hiasan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

Insentif Sinaran Merdeka ini bagi tempoh penggunaan elektrik selama dua bulan iaitu dari 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022 bertujuan menggalakkan penyertaan para pelanggan ini untuk menerangi bangunan dan kawasan persekitaran mereka, sekali gus menyokong usaha kerajaan dan pihak berkuasa tempatan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

TNB berkata, insentif itu adalah berbentuk kadar tarif lebih rendah iaitu sebanyak 20.8 sen/kWj bagi jumlah peningkatan penggunaan elektrik yang melebihi purata penggunaan tiga bulan, iaitu Mei, Jun dan Julai 2022.

Katanya, insentif tahunan ini ditawarkan sejak tahun 2000 kepada semua pelanggan di bawah tarif perdagangan seperti bangunan pencakar langit, bangunan pejabat, kompleks komersial, kompleks membeli-belah, hotel dan stesen minyak.

Pelanggan yang layak adalah tergolong di bawah tarif perdagangan yang telah mendapat bekalan elektrik sebelum 1 Ogos 2021 dan telah menerima sekurang-kurangnya satu bil sebenar sama ada pada bulan Mei, Jun atau Julai 2022.

Manfaat insentif khas ini akan dimasukkan ke dalam bil bulan Oktober 2022 secara sekali gus dan akan dipaparkan sebagai “Diskaun Karnival”.

Pada tahun lalu, sebanyak 3,096 permohonan Insentif Sinaran Merdeka telah diterima TNB dan daripada jumlah tersebut, 62% atau 1,910 pelanggan dikenalpati layak menikmati insentif ini. Permohonan untuk promosi ini bermula pada 1 Ogos 2022 sehingga 15 September 2022.

Pelanggan boleh memohon secara dalam talian melalui portal myTNB (www.mytnb.com.my) atau membuat permohonan di Kedai Tenaga berhampiran. Untuk maklumat lanjut mengenai Insentif Sinaran Merdeka, pelanggan boleh menghubungi talian TNB CareLine di 1-300-88-5454, layari www.tnb.com.my atau e-mel: [email protected]. MG

TNB tawar Insentif Sinaran Merdeka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker