Lesen GDL bebankan ‘rider’, bukan penyelesaian isu keselamatan

Lesen GDL bebankan ‘rider’, bukan penyelesaian isu keselamatan

Usaha Kementerian Pengangkutan memberi kursus keselamatan kepada penghantar p-hailing boleh dilaksanakan dengan cara lain dan bukan dengan mewajibkan mereka memiliki lesen memandu vokasional (GDL).

Ketua Aktivis Pengangkutan Darat Malaysia, Kamarudin Hussain, berkata ini kerana ketetapan berkenaan bukan hanya akan membebankan lagi ahli, malah tidak mustahil demi menjaga kepentingan syarikat penyedia perkhidmatan.

“Segala syarat dan peraturan yang selama ini untuk memastikan keselamatan akan dilonggarkan seperti yang sudah dilakukan kepada Lesen Kenderaan Pengangkutan (PSV) yang mana lesen itu kini boleh disifatkan sebagai tidak ada kualiti dan hanya untuk menyumbang kepada keberhasilan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Mengulas lanjut katanya, kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semalam langsung tidak memberi sebarang jawapan atau jalan penyelesaian jangka pendek terhadap isu dan tuntutan yang dibuat oleh penghantar p-hailing dalam boikot pada Jumaat lalu.

Dalam boikot berkenaan, penghantar p-hailing menuntut kerajaan memastikan syarikat penyedia perkhidmatan pengantara menjamin kebajikan mereka.

“Bagaimanapun, kenyataan media beliau semalam lebih berkisar kepada mewujudkan peraturan baru untuk mengawal selia penunggang p-hailing yang mana ahli-ahli kami bakal diwajibkan memiliki lesen GDL seperti mana yang dilaksanakan di dalam sektor e-hailing.

“Sejujurnya saya agak sedih dengan kenyataan Menteri semalam yang tidak sensitif terhadap harapan dan tuntutan ahli-ahli kami dan sudah pasti keadaan tersebut bakal memberi kesan tidak baik sokongan ahli-ahli kami kepada kerajaan,” katanya.



Kamarudin berkata, ahli-ahli persatuan menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan supaya mengawal selia syarikat pengantara yang selama ini dikatakan menindas.

Namun dakwanya, kementerian lebih melihat ke arah penjanaan kewangan hasil lesen GDL dan menyusahkan penghantar p-hailing.

“Malah, perkara yang berlaku di dalam sektor e-hailing bakal berlaku di dalam sektor p-hailing.

“Jadi saya berpendapat selagi kementerian tidak mahu belajar dari kesilapan, selagi itulah segala masalah yang melanda industri tidak akan dapat diselesaikan secara tulus dan tuntas.



“Seharusnya kementerian belajar daripada kesilapan dan ketetapan yang pernah dibuat oleh mereka dahulu iaitu bukan sahaja gagal menaik taraf industri perkhidmatan awam dan menjaga kebajikan pemain industri.

“Malah mereka juga gagal menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh pemain industri serta lebih malang pemain industri ditindas syarikat kapitilis,” katanya.

Semalam dilaporkan, penunggang perkhidmatan p-hailling diwajibkan memiliki lesen GDL, selepas pindaan tiga undang-undang pengangkutan jalan diluluskan.

Ka Siong dilaporkan berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menetapkan had usia penunggang perkhidmatan penghantaran makanan daripada tidak kurang 21 tahun kepada tidak kurang 18 tahun.

Beliau berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri Jumaat lalu bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan dan agensinya iaitu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Negeri Sarawak untuk turut mengawal selia perkhidmatan kenderaan barangan yang disediakan oleh perniagaan penghantaran, terutamanya yang menggunakan motosikal (perkhidmatan p-hailing). BH

Lesen GDL bebankan ‘rider’, bukan penyelesaian isu keselamatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker