Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

SUNGAI PETANI – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat dihukum penjara 230 tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas 23 pertuduhan berkaitan penipuan pakej umrah di Mekah dan ziarah ke Mesir antara 2015 hingga 2016.

Hukuman dijatuhkan Majistret Arif Mohamad Shariff terhadap tertuduh, Misbahalmunir Omar, 56, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh dihukum penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah keseluruhan hukuman 230 tahun.

Walau bagaimanapun Misbahalmunir hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 10 tahun selepas mahkamah memerintahkan hukuman bagi setiap pertuduhan tersebut berjalan secara serentak bermula tarikh sabitan.

Selain itu, mahkamah juga mengecualikan tertuduh daripada dikenakan hukuman sebatan kerana berusia lebih 50 tahun.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman penjara sementara proses rayuan berkaitan sabitan dan hukuman di Mahkamah Tinggi.

Untuk itu, mahkamah menetapkan jaminan yang dikenakan kepada tertuduh sebelum ini iaitu RM80,000 dinaikkan kepada RM88,000 dengan seorang penjamin, selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga selesai rayuan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Video lucah tersebar, ada pihak cuba jatuhkan Noh Salleh

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker