Masa PRU15, Mahathir pun pernah kata akan menang besar di Langkawi – Anwar

Masa PRU15, Mahathir pun pernah kata akan menang besar di Langkawi – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya andaian Tun Dr. Mahathir Mohamad Perikatan Nasional (PN) mampu menawan lima negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan tidak akan menjadi kenyataan.

Beliau berkata, sewaktu bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU1) lalu, bekas Perdana Menteri itu juga optimis bakal menang besar namun hakikatnya akhirnya tewas teruk hingga hilang wang pertaruhan.



“Itu tekaan dia (Mahathir). Masa bertanding di Langkawi (sewaktu PRU15), dia kata akan menang besar.

“(Bagaimanapun) apabila bertanding dia hilang deposit,” katanya sewaktu merasmikan program Sentuhan Kasih Desa Terengganu di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.

Anwar sebaliknya percaya keputusan PRN di enam negeri pada 12 Ogos depan akan mencipta kejutan kejayaan buat kerajaan Perpaduan ditunjangi Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Terdahulu sewaktu menghadiri Hari Perniagaan Sosial di Langkawi, Kedah hari ini, Mahathir yakin PN mempunyai potensi yang baik untuk menang di lima negeri pada PRN tidak lama lagi



Beliau berkata, Pulau Pinang menjadi satu-satunya negeri yang tidak dapat ditembusi namun PN mampu menang di lima negeri lain iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan. K Online

Masa PRU15, Mahathir pun pernah kata akan menang besar di Langkawi – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim

“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup



Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun

Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker