Zahid batalkan semua projek Jana Wibawa berjumlah RM7.2 bilion

 

Sebanyak RM7.2 bilion nilai projek yang diserahkan kepada kontraktor Program Jana Wibawa membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dibatalkan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keputusan untuk membatalkan tender tersebut dilakukan oleh Kementerian Kewangan dan projek itu akan ditender semula.



“Kita tahu ada sedikit gangguan dari segi pelaksanaan dan yakinlah sekiranya tata etika dan peraturan diikuti ia akan dilakukan dengan segera, insya-Allah projek itu akan siap dalam tempoh yang ditentukan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Kelantan 2023 di Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad berkata syarikat yang terbabit dalam projek Program Jana Wibawa yang dilaksanakan ketika pandemik Covid-19, berpeluang menyertai tender terbuka yang akan dikeluarkan kerajaan. –

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 



Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu



PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker