Penemuan cakar misteri seperti spesies dinosor buat pakar haiwan keliru

Sepasang suami isteri menyebabkan pakar-pakar haiwan keliru selepas mereka menemui cakar misteri di sebuah taman di hadapan kediaman mereka di Wales, lapor portal berita MailOnline semalam.

Laura Moorcroft dari Buckley, Flintshire berkata, dia menyangka cakar tersebut milik spesies dinosaur apabila dia dan suaminya menemuinya baru-baru ini.

Dia berkata: Saya dan suami  baru pulang dari bersiar-siar dan dia melihat cakar itu di atas rumput. Ia kelihatan seperti cakar (haiwan) prasejarah kepada kami, mungkin milik  biawak bersisik.



“Kami peminat tegar filem Jurassic Park jadi dan  menyangka ia milik spesies dinosaur,” katanya.

Berkongsi gambar cakar itu secara online, Moorcroft, 36, meminta pendapat  netizen berhubung penemuan mereka.

Sebilangan pengguna media sosial menyatakan bahawa ia cakar ayam atau unggas, manakala sebahagian netizen berkata, cakar itu berasal daripada spesies reptilia seperti buaya, aligator atau kura-kura.

Wanita itu turut menghubungi Zoo Chester dan seorang doktor haiwan. Kedua-duanya memberitahu bahawa cakar itu berasal daripada  burung tetapi tidak bersetuju tentang spesiesnya.



“Seorang berkata bahawa ia seperti cakar burung kuang dan yang lain ia cakar ayam belanda. Jadi, ia masih menjadi misteri. Saya paling suka tekaan kami ialah ia adalah velociraptor (dinosour kecil). Saya suka bahawa terdapat orang yang mempunyai pemikiran sama,” katanya. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz



Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker