Rakam video pasangan kekasih beromen, ahli parlimen tampil mahu bela

Ahli parlimen Tebrau, Jimmy Puah berkata dia telah menemui pasangan kekasih yang dirakam melakukan aksi jelik dalam sebuah kereta baru-baru ini serta menawarkan nasihat dan bantuan guaman secara percuma kepada mereka.

Puah berkata, dia dimaklumkan pasangan terbabit bahawa individu yang merakam kejadian itu telah menyamar sebagai anggota polis dan meminta kad pengenalan mereka.

“Selain daripada insiden tersebut, kita juga dimaklum bahawa pihak yang merakam video tersebut telah menyamar sebagai anggota polis.



“Pihak perakam juga cuba meminta IC daripada pasangan dan bila mereka enggan mengikut arahan, mereka diugut oleh pihak perakam. Mereka pun cuba melarikan diri, tetapi dikejar oleh pihak perakam sehingga mereka tiba di Balai Polis Pasir Putih,” kata Puah dalam kenyataan.

Kata Puah dia berharap pihak polis akan meneruskan siasatan dan memberikan gambaran lengkap berhubung kes itu.

“Esok saya akan ke IPD Sri Alam untuk mendapatkan lebih butiran berkenaan dengan status kes terkini,” katanya selepas bertemu pasangan itu hari ini.

Terdahulu, pasangan itu ditahan pada Khamis lepas susulan klip video tular menunjukkan mereka melakukan hubungan intim di dalam sebuah kereta di kawasan parkir awam.



Semalam, pihak polis memperoleh perintah tahanan reman selama dua hari untuk menyiasat pasangan itu di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana “berkelakuan tidak senonoh”.

Bagaimanapun, menurut laporan Oriental Daily, pasangan itu dibebaskan petang semalam.

Sementara itu, Puah berkata mereka kini disiasat di bawah seksyen 377D Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan pemuda berkenaan boleh dihukum penjara tidak melebihi dua tahun, manakala remaja perempuan itu berkemungkinan dihantar ke sekolah pemulihan.

“Kalau disabit, ini akan membawa impak yang negatif terhadap pasangan tersebut.



“Dari segi moral, tidak dinafikan bahawa apa yang dilakukan adalah kurang sesuai, tetapi untuk dikenakan hukuman penjara terhadap pasangan tersebut adalah terlalu berat,” katanya.

Semalam, Ketua Biro Hak Asasi Manusia Muda, Dobby Chew berkata, tindakan polis menggunakan gari terhadap pasangan itu dan membenarkan pihak media mengambil gambar mereka adalah melanggar Akta Kanak-kanak 2001.

Bagaimanapun, Polis Daerah Seri Alam hari ini menafikan dakwaan bahawa pasangan itu “diperagakan” ketika proses tahanan reman.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker