Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Yana Najib berkongsi di media sosial surat yang didakwa daripada SPRM yang dikatakan mendapati hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali melanggar Kod Etika Hakim.

Ini berlaku dua hari selepas permohonan semakan kehakiman Najib dalam kes SRC International ditolak.

Mohd Nazlan adalah hakim perbicaraan yang mendapati bekas perdana menteri itu bersalah dalam kes membabitkan bekas anak syarikat 1MDB berkenaan.

Siasatan SPRM dilancarkan terhadap Mohd Nazlan berhubung dakwaan yang mengaitkan hakim itu dengan perjanjian 1MDB yang melibatkan Tanjung Energy Holdings Sdn Bhd ketika berkhidmat dengan Maybank.

Surat yang dikatakan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang ditujukan kepada Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat mengenai penemuan SPRM tular di media sosial pada hujung minggu lalu.

Nooryana berkongsi surat itu di Instagram miliknya hari ini.

Bagaimanapun, dia tidak membuat sebarang komen peribadi mengenai perkara itu.

Sebaliknya, dia telah menampal laporan portal berita Malaysia Gazette mengenai surat yang bocor itu.

Malaysiakini telah menghubungi Azam untuk mengesahkan kesahihan surat itu.

Surat itu bertarikh 20 Februari, empat hari sebelum mahkamah diketuai Tengku Maimun memutuskan bahawa siasatan SPRM ke atas Nazlan tidak mengikut protokol dengan tidak memaklumkan ketua hakim negara terlebih dahulu.

Tengku Maimun – yang membacakan keputusan itu – berkata walaupun Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada agensi penyiasatan jenayah seperti SPRM untuk menyiasat hakim yang sedang bersidang serta membenarkan pendakwa raya memulakan prosiding mahkamah jenayah terhadap hakim tersebut, kuasa tersebut mesti dilaksanakan dengan niat baik dan hanya bagi kes-kes yang betul.

Tengku Maimun berkata ini penting bagi memastikan badan kehakiman dapat menjalankan fungsinya bebas daripada pengaruh luar.

Nazlan, ketika menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kepada Najib kerana rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan itu pada 2021.

Pada 23 Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Najib, menyebabkan bekas menteri kewangan itu kini menjalani hukuman tahanan di Penjara Kajang.

Pada Jumaat lalu, panel berasingan Mahkamah Persekutuan menolak semakan kehakiman Najib dalam kes itu. Mk

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker