Luke Shaw peluk Islam?

Luke Shaw peluk Islam?

LONDON: Adakah Luke Shaw memeluk agama Islam? Ramai yang bertanyakan mengenai status agama bintang Manchester United dan England itu setiap kali Ramadan menjelma.

Pemain berusia 27 tahun itu mencetus tumpuan minggu lalu selepas dilayangkan dua kad kuning dalam tempoh dua minit ketika England menang 2-1 ke atas Itali di Naples pada aksi kelayakan Euro 2024.



Ketika nama pemain United dengan jersi nombor 23 itu menjadi trending, ramai bertanyakan sama ada dia beragama Islam atau sebaliknya.

Desas-desus mula memuncak mengenai Shaw memeluk agama Islam selepas dia dilihat menyarung jubah putih di Dubai, Emiriah Arab Bersatu di samping Adnan Januzaj dan Bojan Krkic pada tahun 2017.

Pengguna Instagram, Ahmed El-Saraf menyiarkan foto bintang Manchester United bernilai 27 juta pound (RM147 juta) itu memakai jubah dengan kapsyen: “Bersahur bersama rakan seperjuangan.”

Jadi tidak hairan ramai yang beranggapan Shaw kini menganut agama Islam.



Bagaimanapun, setakat itulah sahaja bukti yang dapat dilihat di Internet mengenai Shaw seorang Muslim.

Pemain pertahanan kiri itu sendiri tidak pernah mengesahkan dia seorang Muslim walaupun ada yang menyatakan dia amat berminat untuk mendalami ilmu agama Islam.

Sesetengah laman sesawang Muslim bagaimanapun dengan yakin menyatakan pemain bintang United itu sudah memeluk agama Islam.

INFO



Nama penuh: Luke Paul Hoare Shaw

Umur: 27

Tinggi: 1.85 meter

Tarikh lahir: 12 Julai 1995



Tempat lahir: Kingston upon Thames, England

Warganegara: England

Kelab: Manchester United

Posisi: Pertahanan kiri



Gaji: £170,000 (RM925,000) seminggu. BH

Luke Shaw peluk Islam?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker