Maya Karin jawab soal kahwin

Maya Karin jawab soal kahwin

Maya Karin Roelcke atau lebih dikenali sebagai Maya Karin merupakan seorang model, pelakon, penyanyi, dan pengacara televisyen Malaysia. Selebriti kelahiran Jerman ini merupakan salas seorang pelakon wanita yang terulung di Malaysia dan meraih pelbagai anugerah.

Filem lakonannya yang terkenal, antaranya adalah Pontianak Harum Sundal Malam, Ombak Rindu dan lain-lain. Menurutnya dia lebih gemar berlakon didalam filem berbanding drama.



Maya memberitahu dia adalah seorang yang cepat bosan jika melakukan perkara yang sama oleh kerana itu dia mencuba pelbagai jenis pekerjaan seperti pelakon, pengacara TV, penyanyi, penjual burger, aktivis dan lain-lain. Tambah Maya lagi, dia tidak mahu setiap hari masanya di isi dengan berlakon sahaja dan itu akan membuatnya bosan dan hilang minatnya.

Bukan Tak Mahu Kahwin Lagi Tapi..
Didalam temubualnya bersama Dj Nazz, dia bertanyakan mengenai perkahwinan Maya yang lalu.(tonton di sini) Pada 2008, Maya telah berkahwin dan berpisah setelah dua tahun bersama dan ditanya di manakah silapnya. Namun Maya menjawab soalan Dj Nazz itu dengan hati yang terbuka.

“Silapnya mungkin sepatutnya saya tak kahwin lah, cuma masa tu umur saya 28 dan saya rasa macam dah tua dan patut kahwin. tekanan yang saya letakkan itu pada diri sendiri yang memang tak betul. Lepastu bila saya bercerai pada umur 30 saya persoalkan kenapa.”-kata Maya

“Sekarang saya dah 40-an dan masih lagi terasa seperti 30-an dan orang still lagi tanya bila nak kahwin lagi”-tambah Maya



Ditanyakan adakah Maya akan berkahwin lagi? Maya hanya menjawab mungkin akan berkahwin tetapi dia tidak tahu lagi, kerana sekarang dia tidak merasakan tekanan untuk berkahwin seperti mula-mula tekanan semasa perkahwinannya dahulu. Tambahnya lagi, dia susah untuk mencari calon yang sesuai tambah pula dengan zaman sekarang ini.

Maya Karin jawab soal kahwin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



 

Sol serabai, bini no. 2 tak reti jaga ke, soal netizen

Azwan suruh Aaron maki saja dua orang tu



PRN: PH-BN capai kata sepakat, penyandang kekal bertanding



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker