Wanita Hamil, Ibu Bersalin Tak Perlu ‘Pantang’ Durian… Dr Imelda Kata Boleh Makan Tapi…

Wanita Hamil, Ibu Bersalin Tak Perlu ‘Pantang’ Durian… Dr Imelda Kata Boleh Makan Tapi…

MUSIM durian kembali lagi!

Nak makan durian sedap bukan masalah kerana gerai menjual raja buah itu ada di mana-mana.

Terdapat pelbagai jenis durian yang menjadi buruan seperti Musang King, Duri Hitam, Udang Merah, Kacang Hijau dan banyak lagi mengikut selera dan bajet masing-masing.



Menjawab pertanyaan itu, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Dr Imelda Balchin berkata, jawapan tentang durian terpakai kepada sesiapa sahaja.

makan durian 3

Ramai peniaga kini menjual durian. foto GLENN GUAN/The Star

“Selagi tiada alahan makanan kepada durian… durian itu bukanlah racun. Boleh je makan. Durian itu salah satu buah-buahan semula jadi kurniaan Tuhan yang ada pelbagai khasiat.

“Yang anda patut pantang ialah asap rokok, minuman beralkohol, vape, hisap ganja, makanan ringan, suplemen berlebihan yang anda tak perlu termasuk produk-produk over claim,” tulisnya di Facebook pada bagi menjawab pertanyaan tersebut.



Namun pengamal perubatan itu mengingatkan orang ramai supaya menikmati raja buah berkenaan secara sederhana demi kesihatan tanpa mengira latar belakang.

“Anda semua tiada alasan nak melantak durian dan bersifat tamak haloba. Kalau nak sihat, makanlah berpada-pada dan bersederhana.

“Tidak kira anda tua atau muda, mengandung atau tak mengandung, baru bersalin atau tidak, lelaki atau perempuan, gemuk atau kurus. Sama saja. Makan sikit-sikit dan kongsi dengan orang lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kandungan gula dan karbohidrat yang tinggi dalam durian.



Perkongsian Dr Imelda di Facebook.

Dr Imelda turut menegaskan bahawa nasihat itu turut terpakai kepada mereka yang sihat dan tidak mempunyai sebarang penyakit.

Ini kerana pengambilan durian yang berlebihan mengundang risiko kepada kesihatan, sambil mengingat orang ramai supaya mengamalkan gaya hidup sihat.

“Jangan kata kalau anda orang sihat yang tiada penyakit maka anda boleh makan banyak-banyak. Tak boleh juga jika anda nak kekalkan kesihatan anda.

“Sama saja. Makan sikit-sikit dan kongsi dengan orang lain. Tak salah makan durian. Apa-apapun, makan banyak-banyak berlebihan yang jadi bahaya untuk kesihatan.

“Yang penting, belajar kawal nafsu, pilih makanan sihat dan jangan lupa bersenam. The dose makes the poison. (Dos itu yang membuatkannya ia menjadi ‘racun’),” kata Dr Imelda yang merujuk kepada makan durian secara berlebihan akan membahayakan kesihatan.

Wanita Hamil, Ibu Bersalin Tak Perlu ‘Pantang’ Durian… Dr Imelda Kata Boleh Makan Tapi…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker