Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta dalam keadaan terbakar

Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta dalam keadaan terbakar

KLANG: Polis giat memburu sekumpulan lelaki, disyaki terbabit kes samun bersenjata dengan menggunakan kenderaan curi yang ditemui terbakar di kawasan Taman Sentosa, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, berkata pihaknya menerima aduan kira-kira jam 11.26 pagi daripada mangsa, seorang wanita tempatan yang bekerja sebagai pengurus barangan dalam talian.

“Menurut laporan dibuat mangsa, kira-kira 8.30 pagi, ketika mangsa sampai di hadapan kedai di kawasan Jalan Sungai Jati, sebuah kereta Perodua Myvi warna biru berhenti di tepi jalan secara tiba-tiba.

“Kemudian, suspek, seorang lelaki tempatan keluar dari kereta dan menuju ke arah mangsa lalu mengacukan sebilah pisau serta menarik beg sandang milik pengadu.

“Mangsa cuba mempertahankan beg sandangnya sehingga berlaku sedikit pergelutan dengan suspek, namun suspek berjaya menarik beg sandang itu dan melarikan diri menggunakan kenderaan sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hoong Fong berkata, siasatan mendapati suspek dipercayai lebih daripada seorang kerana suspek turun dari pintu belakang.

Akibat kejadian itu, katanya, mangsa kerugian RM3,000, merangkumi wang tunai, rantai emas, telefon bimbit dan dokumen diri, namun tidak mengalami kecederaan serius.

“Siasatan juga mendapati, terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan kejadian itu dan ia boleh membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan polis juga mendapati, mangsa menularkan kejadian samun terbabit dalam laman media sosial Facebook miliknya sebelum membuat laporan polis.

“Kira-kira jam 10.55 pagi pula, polis menerima maklumat daripada orang awam mengatakan terdapat sebuah kereta terbakar di kawasan Taman Sentosa.

“Polis dan bomba ke lokasi tempat kejadian mendapati sebuah kereta Perodua Myvi warna biru sedang terbakar dan berjaya dipadamkan.

“Hasil semakan lanjut, kereta itu adalah kenderaan sama digunakan untuk samun mangsa di kawasan kedai di Sungai Jati. Klang. Semakan berdasarkan nombor casis dan nombor enjin kereta itu mendapati kereta terbabit dilaporkan hilang pada 14 Julai lalu.

“Kenderaan itu ditunda ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk pemeriksaan lanjut. Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor menjalankan pemeriksaan dalam kereta dan menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan,” katanya.

Hoong Fong turut menasihati orang ramai untuk membuat laporan polis berhubung sebarang kejadian terlebih dahulu dan bukan berkongsi maklumat di media sosial, yang boleh mengganggu siasatan serta usaha untuk menangkap suspek.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan samun berkumpulan dengan senjata. BH

Polis buru suspek samun bersenjata, tinggal kereta dalam keadaan terbakar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker