Wanita tertua berusia 108 meninggal dunia

Wanita tertua berusia 108 meninggal dunia

Muar: Wanita dipercayai individu tertua di daerah ini, Umi Kastawi, 108, meninggal dunia di kediamannya di Kampung Liang Batu, Lenga, di sini, pagi tadi.

Umi yang menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua, pernah muncul dalam laporan Harian Metro (HM) dan Berita Harian (BH) dengan amalan kerap berselawat, minum air suam lebih enam gelas sehari dan pemakanan sihat dengan mengurangkan gula antara petua diamalkannya.

Cucu arwah, Abd Hamid Khalil ,55, berkata, kira-kira 10 pagi, beliau dimaklumkan salah seorang keluarga terdekatnya mengenai tahap kesihatan Umi yang semakin merosot dan berkeadaan lemah.

“Keluarga terdekat nenek yang tinggal bersamanya memaklumkan bahawa kesihatan arwah ketara merosot dan kelihatan lemah sejak kelmarin.

“Sebaik sahaja mendapat berita itu, saya bergegas ke rumah nenek dari kediaman di Batu Pahat untuk melihat keadaannya,” katanya ditemui di Kampung Liang Batu di sini, hari ini.

Abd Hamid berkata, apabila tiba di rumah Umi, beliau mendapati neneknya itu sudah nazak serta meninggal dunia kira-kira 11 pagi sebelum keluarga memaklumkan kepada pihak Klinik Kesihatan berhampiran untuk mengesahkan kematian.

Beliau berkata, jenazah arwah disembahyangkan di kediaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Liang Batu, Lenga selepas solat Asar.

“Kami bersyukur kerana nenek dikurniakan usia yang panjang melebihi satu abad serta mampu melihat cucu serta cicitnya membesar di depan mata.

“Dia juga sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

“Kami sekeluarga reda dengan pemergian nenek dan mendoakan semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan yang beriman,” katanya.

Oktober 2021 lalu, HM dan BH melaporkan kisah Umi Kastawi yang masih kuat ingatannya apabila mampu mengecam individu dalam kalangan keluarga dan jirannya juga serta mengingati kenangan pergi menoreh getah dengan berbasikal hingga belasan kilometer setiap hari suatu ketika dahulu.

Arwah meninggalkan seorang anak perempuan, tujuh cucu serta 28 cicit dan tiga piut. HM

Wanita tertua berusia 108 meninggal dunia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker