Siasat doktor rakam video pekerja bogel dalam tandas – Exco

Siasat doktor rakam video pekerja bogel dalam tandas – Exco

MELAKA – Kerajaan negeri memandang serius dakwaan seorang pembantu am klinik di negeri ini yang menjadi mangsa gangguan seksual majikannya yang juga seorang doktor apabila merakam videonya di dalam tandas awal bulan lalu.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, perbuatan sedemikian jika benar berlaku turut mencalarkan imej pegawai perubatan di negeri ini.

“Ini (gangguan seksual) adalah perkara yang serius dan kita mohon pihak polis menjalankan siasatan menyeluruh tanpa melindungi mana-mana pihak.



“Jika kejadian ini benar-benar berlaku seperti didakwa, saya mahu satu tindakan yang amat tegas dikenakan terhadap pegawai perubatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media mengenai kejadian seorang pembantu am wanita berusia 30-an sebuah klinik di negeri ini yang berdepan detik hitam selepas dirakam majikannya ketika berada di dalam tandas klinik berkenaan.

Mangsa yang mahu dikenali Mona, berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas ternampak telefon bimbit yang digunakan majikannya yang juga seorang doktor.

Dia kemudian menghubungi suaminya dan selepas memeriksa telefon bimbit doktor berkenaan, mangsa terkejut selepas mendapati ada videonya sedang buang air besar.



Doktor terbabit kemudian didakwa cuba menawarkannya ganjaran supaya perkara itu diselesaikan secara ‘baik’ namun memungkiri janji sebelum mangsa dinasihatkan oleh peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang. MG

Siasat doktor rakam video pekerja bogel dalam tandas – Exco


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu

Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker