Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada

Rosyam ada formula hadapi kecaman

Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada

Hampir empat dekad bergelar anak seni, pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor, 57, masih tidak lekang kontroversi dek kelantangan berbicara hingga ada kalanya, menjerat diri.

Menganggap kecaman sebagai suara nakal, Rosyam mengaku ada cara sendiri dalam berdepan tohmahan.



“Saya akan berdiam diri bagi mengelak isu jadi lebih besar. Ini dunia media sosial, semua orang kena tanggung kecaman. Kalau hendak semua komen yang baik, memang susah.

“Terima sajalah secara terbuka. Kita sendiri yang ketengahkan, jadi kalau orang komen nak buat macam mana? Buat apa nak marah-marah,” katanya ditemui pada majlis pelancaran Karnival Meriahnya Raya bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di pusat beli-belah Datum Jelatek di sini, baru-baru ini.

Baru-baru ini, Rosyam ‘panas’ lagi apabila memberi pandangan mengenai faktor pusat pelacuran masih beroperasi di Malaysia pada sesi podcast hingga dikritik hebat.

Rosyam yang dilantik Duta Keusahawanan PKNS berkata, apa yang berlaku sebelum ini adalah salah faham.



“Sebenarnya, mereka kena faham program yang saya kendalikan itu. Apabila tidak faham, sebab itu ada yang pertikai.

“Tetapi lama kelamaan, orang mula faham mengenai program itu. Apa yang bagusnya, kontroversi itu membantu menaikkan pengikut saya,” katanya.

Sementara itu, Rosyam atau nama sebenar, Mohamed Noor Shamsuddin terus berpegang dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah insan tersayang bagi mengelak mereka terganggu.

“Glamor adalah sesuatu yang sukar dibendung. Jadi, sebab itulah saya tak nak babitkan keluarga. Saya seronok dengan cara ini. Sampai hari ini, saya tidak kongsi gambar dengan keluarga.



“Kalau dahulu ada media sosial sekalipun, saya tetap dengan prinsip ini. Dahulu, ada sahaja wartawan yang hendak buat sesi fotografi bersama keluarga, namun, saya tolak dan mereka faham,” katanya. BH

Bukan Rafizi saja ada formula, Rosyam pun ada

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan

Chef Ammar dituduh riak



Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies

Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker