‘Lagi kuat kamu back up, lagi kuat kami boikot!’

‘Lagi kuat kamu back up, lagi kuat kami boikot!’

Pemuda UMNO mahu pengajaran keras diberikan kepada semua pihak yang sewenang-wenang memperlekehkan isu agama dan bangsa di negara ini.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mengajak umat Islam untuk bersama terus memboikot kedai serbaneka, KK Mart yang terpalit isu kontroversi penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’.



“Kekal tenang dan teruskan memboikot!

“Lagi kuat kamu minta kawan kamu ‘back up’ (pertahan) untuk tidak diboikot, lagi kuat umat Islam akan boikot kamu!

“Teruskan memboikot, kita bagi pengajaran keras kepada semua pihak yang suka-suka nak memperlekehkan isu agama dan bangsa. Ini masa kita semua bersama,” katanya dalam hantaran melalui Facebook, hari ini.

Kelmarin, Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon, dilaporkan meminta Dr Muhamad Akmal tidak memperbesarkan isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ yang dijual di KK Mart.



Sin Woon dipetik berkata, Dr Muhammad Akmal juga tidak sepatutnya membuat gesaan supaya umat Islam memboikot kedai serbaneka berkenaan, kerana tindakan secara semberono itu hanya akan merugikan negara.

Media kelmarin melaporkan Pemuda UMNO memberi tempoh dua hari kepada pengurusan KK Super Mart untuk memasang kain rentang di kesemua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf atas penjualan stoking tertera kalimah ‘Allah’.

Dr Muhamad Akmal dipetik memberi amaran Pemuda UMNO akan memulakan boikot lebih kuat terhadap KK Super Mart sekiranya pengurusan kedai serbaneka itu gagal mematuhi tuntutan pergerakan berkenaan.

Dalam hantaran melalui media sosial beliau, semalam, Dr Muhamad Akmal menegaskan Pemuda UMNO meneruskan kempen boikot KK Super Mart dengan meminta orang ramai memeriksa sama ada pengurusan kedai serbaneka itu sudah menaikkan kenyataan permohonan maaf seperti yang dituntut pergerakan berkenaan.



Pada 13 Mac lalu, tular dalam media sosial isu stoking tertera kalimah ‘Allah’ dijual di KK Mart Bandar Sunway, selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.

Rabu lalu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dilaporkan memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah ‘Allah’, di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan telah dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.

Pengendali rangkaian kedai serbaneka itu turut meminta supaya pengguna tidak memboikot perniagaan berkenaan. BH



‘Lagi kuat kamu back up, lagi kuat kami boikot!’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali mahukan anaknya dikembalikan



Chef Ammar dituduh riak

Aliff Syukri kena kecam buat konten dengan Ruhainies



Untung bersih Petronas merosot, hanya catat RM80.7 bilion pada 2023

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker