Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM

Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil langkah tegas terhadap pemilik gerai ‘martabak kain buruk’ dengan mengeluarkan kompaun di bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya sebelum itu telah menjalankan siasatan lanjut melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM).



Jelas KKM, hasil siasatan mendapati kecuaian semasa pengendalian makanan telah menyebabkan kehadiran cebisan kain pengelap dalam martabak yang dibeli di Bazar Ramadan Desa Pandan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KKM memaklumkan, beberapa kesalahan lain juga turut dikenalpasti telah dilakukan oleh pemilik gerai tersebut.

Antaranya, menurut KKM termasuk tidak membuat pengasingan yang jelas untuk bahan mentah dan makanan yang telah dimasak, menggunakan kain pengelap yang tidak bersih serta pengendali makanan tidak memakai pakaian pelindung diri dengan sempurna.

“Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap gerai yang menjual makanan tersebut dengan mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Peraturan 32(1)(b) Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009.



“KKM sentiasa menjalankan pemantauan dan pemeriksaan di semua gerai bazar Ramadan seluruh negara. Sehingga kini, sebanyak 10,570 buah premis bazar Ramadan telah diperiksa.

“Peniaga makanan yang didapati tidak mematuhi kehendak di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya boleh dikenakan tindakan denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” jelas kenyataan tersebut.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang wanita memuatnaik hantaran berkenaan martabak yang dibeli di sebuah bazar Ramadan di Desa Pandan mengandungi cebisan kain pengelap.

Dalam pada itu, KKM mengingatkan kepada semua peniaga premis makanan termasuk di bazar Ramadan untuk mempertingkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di premis masing-masing bagi mengelakkan sebarang pencemaran silang dan kehadiran bendasing dalam makanan yang dijual.



Menurut KKM, cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini juga boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang lebih pantas dan menyebabkan makanan cepat basi dari kebiasaan.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan makanan sepanjang Ramadan ini dalam memilih apa sahaja juadah berbuka, sebelum membeli “Perhati dan Pilih” serta amalkan Lihat Hidu Rasa kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan,” ujar KKM. Utv

Pemilik gerai murtabak kain buruk dikompaun KKM

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker