Hans Isaac letaklah jawatan, peminat sudah bosan

Hans Isaac letaklah jawatan, peminat sudah bosan

Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Hans Isaac terus menerima kecaman khususnya dari peminat bola sepak tanah air selepas isu padang kembali menghantui Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang akan digunakan untuk perlawanan antara Malaysia menentang Oman.

Permukaan padang sekali lagi berada dalam keadaan tidak rata selepas stadium itu digunakan sebagai venue bagi konsert salah seorang artis ternama antarabangsa iaitu Ed Sheeran pada Februari lalu.



Sudah bosan dengan kejadian ini, peminat bagaikan hilang sabar dengan PSM dimana mereka mahu Hans Isaac agar segera meletak jawatan kerana dianggap gagal menjalankan tugas dengan baik.

Peminat membandingkan SNBJ dengan Stadium Rajamangala di Thailand yang mana stadium itu turut digunakan sebagai venue bagi konsert artis antarabangsa tetapi pengelola stadium mampu untuk menyediakan permukaan padang yang jauh lebih baik bagi aksi antara tuan rumah menentang Korea Selatan.

Berdasarkan gambar terkini yang dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Hannah Yeoh di laman media sosial miliknya, padang SNBJ dilihat berada dalam keadaan yang lebih baik berbanding sebelum ini namun masih ada bahagian yang tidak rata.

Meskipun terlihat cantik di dalam gambar, namun penilaian sebenar perlu dilakukan selepas perlawanan antara Malaysia menentang Oman sama ada padang berada dalam keadaan baik atau sebaliknya.



Ketua jurulatih Oman, Jaroslav Silhavy menyifatkan padang SNBJ tidak bersedia untuk dijadikan sebagai medan perlawanan menentang Malaysia pada 26 Mac ini.

Ketika sidang media, Silhavy berkata pemain tidak sesuai beraksi di padang Stadium Bukit Jalil kerana hujan sering melanda negara kebelakangan ini.

“Malangnya kami diberitahu yang cuaca Malaysia sekarang banyak hujan. Kami percaya yang padang tidak akan bersedia untuk perlawanan dan tidak baik untuk perlawanan. Secara fizikal dan teknikalnya, pemain tidak sesuai untuk bermain di situ.

“Semalam (Ahad) pun kami diberitahu yang kami tidak akan berlatih di padang Bukit Jalil kerana keadaannya tidak bagus untuk latihan. Pasukan Malaysia juga tidak boleh berlatih di sana. Ia memang tak bagus untuk kedua-dua pihak,” katanya. Vc



Hans Isaac letaklah jawatan, peminat sudah bosan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker