Hukum membaca surah al-Qadr dalam solat selepas 15 Ramadhan

Hukum membaca surah al-Qadr dalam solat selepas 15 Ramadhan

Masuk hari ke 15 dalam bulan Ramadan, lazimnya terdapat sesetengah surau dan masjid akan mula membaca surah al-Qadr pada setiap rakaat pertama solat tarawih. Timbul persoalan adakah surah ini memang wajib dibaca apabila masuk hari ke 15 atau hanya dihukumkan sunat sahaja. Dan adakah membaca surah ini terdapat dalil yang menunjukkan kelebihan atau ganjaran dari Allah?

Menjawab persoalan ini, tidak dinafikan memang terdapat sesetengah surau atau masjid yang mengamalkannya namun tidak terdapat dalil khusus yang menunjukkan amalan perbuatan tersebut.



Boleh jadi mereka yang melazimi amalan ini ketika masuknya hari ke 15 Ramadan kerana bertujuan mengharapkan untuk mendapat malam lailatul qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Disebabkan itulah imam mengulang-ulang membacanya pada setiap rakaat pertama solat sunat tarawih.

Adapun perbuatan ini tidaklah boleh dikatakan salah atau betul kerana tiada dalil yang membenarkan atau melarangnya. Apatah lagi dalam solat yang wajib dibaca setiap rakaat hanyalah surah al-Fatihah sahaja. surah-surah yang lain adalah sunat.

Jika membacanya maka akan beroleh pahala berlipat kali ganda dan jika tidak membacanya solat tarawih tetap sah. Ini seperti yang diriwayatkan dalam hadis dari Abu Hurairah r.a. sabda Baginda s.a.w.

“Sesiapa yang membaca Ummul Kitab (surah al-Fatihah) maka mencukupi Ummul Kitab itu baginya (sebagai bacaan al-Quran yang diwajibkan dalam solat). Dan sesiapa yang menambah (dengan membaca ayat atau surah lain) maka ia adalah paling baik” (HR Muslim) Wallahu a’lam Utv



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker