‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’

‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’

MELAKA: “Saya mahu hukuman gantung sampai mati, itu sahaja.”

Ayat itu diluahkan Ng Chan Keong, 39, ketika diberi peluang oleh Mahkamah Tinggi Ayer Keroh, hari ini, untuk menyatakan hasrat terakhir selepas disabitkan dengan pertuduhan mengedar dadah methamphetamine seberat 2.7 kilogram (kg), enam tahun lalu.



Hakim Datuk Anselm Charles Fernandis bagaimanapun menegaskan, hak mahkamah untuk menentukan hukuman dan menangguhkan prosiding selama lima minit.

Sebaik prosiding bersambung, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup bermula dari tarikh ditangkap pada 2 Oktober 2018 dan 12 sebatan.

Terdahulu, ketika membacakan penghakimannya, Anslem berkata, selepas menimbangkan keseluruhan keterangan dan hujah pihak pembelaan dan pendakwaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Katanya, mahkamah berpuas hati pendakwaan membuktikan kes terhadap tertuduh melampaui keraguan munasabah.



Anslem berkata, tertuduh dalam pembelaannya mendakwa tidak mengetahui kewujudan dadah dalam but kereta Mercedes ketika ditahan polis dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Johor Bahru pada 2 Oktober 2018.

“Tertuduh menyatakan dia pergi ke Genting Highlands bersama bos (majikan) dikenali sebagai Tan yang juga saksi pembelaan kedua sehari sebelumnya dan bermalam di sebuah hotel di situ.

“Tertuduh mendakwa disuruh oleh Tan memandu kereta itu ke Johor Bahru dan menyerahkan wang tunai RM180,000 dan dalam SG$9,300 (RM32,660.895) kepada teman wanita Tan.

“Tertuduh menyatakan dia hanya memandu kereta dan tidak memeriksanya sebelum ditahan polis peronda ketika dalam perjalanan,” katanya pada akhir kes pembelaan, hari ini.



Anslem berkata, Tan antara lain menyatakan pernah beberapa kali menggunakan kereta terbabit yang disimpan di Johor Bahru dan pada hari kejadian, rakannya dikenali ‘Ah Beng’ meminjamnya sebelum dipulangkan pada waktu tengah hari.

Hakim berkata, mahkamah berpendapat mustahil untuk seseorang meninggalkan dadah yang banyak dalam but kereta, apatah lagi tertuduh ditahan bukan kerana risikan, sebaliknya hasil pemeriksaan mengejut oleh polis peronda selepas melihat kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, dakwaan tertuduh cuba memecut kereta, enggan membuka but dan cuba merasuah polis jelas menunjukkan dia mengetahui ada sesuatu yang salah iaitu dadah dalam kereta, manakala mahkamah berpendapat Tan adalah saksi yang tidak boleh dipercayai.

Chan Keong didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine seberat 2.7 kilogram di tepi lorong kecemasan KM 215 arah Kuala Lumpur-Johor Bahru, Lebuh Raya Utara Selatan, dekat Alor Gajah di sini, pada 2 Oktober 2018, kira-kira jam 5 petang.



Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asri Abdul Rahman Sidik dan Nabilalif Mohd Rosli manakala tertuduh diwakili peguam Wan Zaleha Abdul Wahab.

Seramai 13 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu bermula 10 September 2020. BH

‘Saya mahu gantung sampai mati, itu sahaja’



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker