Neelofa ditemui selamat

Neelofa ditemui selamat

KUCHING: Murid Tahun Lima yang dilaporkan ‘ghaib’ ketika menunggu untuk bersarapan di Sekolah Kebangsaan (SK) Engkudu, Saratok, pagi tadi ditemukan selamat, petang ini.

Neelofa Entira Entegang, ditemui penduduk kampung di dalam kawasan kebun yang terletak kira-kira satu kilometer dari sekolah berkenaan pada jam 3.24 petang.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Neelofa kemudiannya dihantar ke Hospital Saratok menaiki ambulans untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) murid perempuan berusia 11 tahun itu diaktifkan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi tadi.

“Neelofa yang berpakaian seragam lengkap dilihat kali terakhir pada jam 5.50 pagi di dalam Kelas Tahun 5 SK Engkudu ketika menunggu sarapan disediakan.

“Kehilangannya disedari pada jam 5.55 pagi dan pencarian dilakukan oleh rakan-rakan serta guru di sekitar sekolah namun gagal menemuinya,” katanya.



Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok melancarkan SAR pagi tadi dalam radius dua kilometer sekeliling sekolah berkenaan termasuk di kawasan hutan.

Beliau berkata, pencarian turut disertai empat anggota polis, 10 kakitangan sekolah dan 10 penduduk kampung.

“Operasi yang diteruskan pada sebelah petang dengan pencarian diperluaskan dalam radius tiga kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat hingga ke kediaman keluarga mangsa iaitu Rumah Panjang Bundak, Sungai Anak, Saratok. BH

Neelofa ditemui selamat



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker