Israel langgar 3 Akta di bawah Konvensyen Genosid PBB

Israel langgar 3 Akta di bawah Konvensyen Genosid PBB

GENEVA: Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin hari ini mendedahkan Israel secara terang-terangan melanggar tiga daripada lima akta yang disenaraikan di bawah Konvensyen Genosid PBB.

Pelapor khas PBB mengenai hak di wilayah Palestin, Francesca Albanese, berkata terdapat alasan munasabah untuk mengheret rejim Zionis ke muka pengadilan kerana melakukan beberapa tindakan pembunuhan beramai-ramai dalam perang di Gaza.

Beliau juga memberi amaran mengenai berlakunya pembersihan etnik terhadap penduduk Palestin di Gaza oleh Israel.

“Sifat dan skala serangan Israel yang terlampau ganas ke atas Gaza sehingga memusnahkan sama sekali kehidupan, mendedahkan niat untuk secara fizikal memusnahkan rakyat Palestin sebagai satu kumpulan,” katanya.

Laporannya yang bertajuk ‘Anatomi Genosid’ itu dengan segera ditolak oleh Israel sebagai penyonsangan keji terhadap hakikat sebenar.

Laporan itu menyenaraikan perbuatan Israel termasuk membunuh ahli sesuatu kumpulan, menyebabkan kecederaan fizikal atau mental yang serius kepada ahli kumpulan dan dengan sengaja menyebabkan kemusnahan fizikal secara keseluruhan atau separa terhadap sesuatu masyarakat.

Albanese, seorang pakar bebas dilantik Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) tetapi tidak bercakap bagi pihak PBB, berkata beliau menemui ‘asas munasabah bahawa tahap ambang untuk menakrifkan pembunuhan beramai-ramai sudah dicapai dalam isu membabitkan penduduk Palestin di Gaza.

Menurut misi diplomatik Israel di Geneva, pihaknya ‘menolak sama sekali’ laporan itu dengan menyifatkannya sebagai lanjutan kempen yang bertujuan untuk melemahkan penubuhan negara Yahudi.

“Perang Israel ini adalah bagi menentang Hamas, bukan terhadap orang awam Palestin,” kata Israel dalam satu kenyataan yang menyelar tuduhan keterlaluan Albanese.

Israel sekian lama lantang mengkritik Albanese dan mandatnya termasuk resolusi gencatan senjata yang dicapai semalam, sebagai keputusan berat sebelah terhadap Israel.

Dalam perkembangan sama, Washington sedar akan laporan Albanese tetapi memaklumkan tidak mempunyai sebab untuk mempercayai Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, maklum seorang pegawai AS.

Mengikut laporan Albanese yang sepatutnya dibentangkan kepada UNHRC hari ini, tindakan ‘pembunuhan beramai-ramai’ Israel menyusuli kenyataan yang menunjukkan kewujudan niat melakukan genosid.

Beliau berkata, ada kenyataan beberapa pegawai kanan Israel yang berniat untuk memindahkan penduduk Palestin secara paksa dan menggantikan tempat mereka dengan penceroboh Israel.

“Perintah pemindahan dan zon selamat digunakan sebagai alat pembunuhan beramai-ramai untuk melakukan pembersihan etnik,” katanya.

Laporan sama turut mendedahkan Israel menakrifkan semua rakyat Palestin dan infrastruktur mereka sebagai ‘elemen pengganas atau menyokong pengganas’ dengan menganggap semua sama ada sebagai sasaran atau mangsa keadaan.

The report also stressed that Israel’s mistreatment of the Palestinians had not begun on October 7.

“Dengan cara ini, tiada rakyat Palestin di Gaza yang selamat mengikut terjemahan mereka. Ini membawa kesan buruk yang disengajakan, meragut nyawa puluhan ribu rakyat Palestin,” katanya.

Laporan itu juga menekankan bahawa penganiyaan didalangi Israel terhadap rakyat Palestin tidak hanya bermula pada 7 Oktober lalu.

“Pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di Gaza oleh Israel hanyalah lanjutan tahap peningkatan proses penjajahan regim Yahudi, cuma ia dipercepatkan susulan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu,” katanya. BH

Israel langgar 3 Akta di bawah Konvensyen Genosid PBB

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker