Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam

Pereka hiasan dalaman bakal berdepan tindakan saman

Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri ‘naik hantu’ dengan kenyataan kenyataan seorang wanita yang mendakwa rumah mewahnya itu kelihatan murah dengan susunan atur perabot dan perhiasan yang digunakan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aliff atau nama sebenarnya Alif Syukri Kamarzaman, 37, meminta individu terbabit yang difahamkan seorang pereka hiasan dalaman itu tidak cuba membabitkan namanya demi mencari publisiti murahan.



Jelas Aliff, setiap individu memiliki dan berhak untuk menentukan konsep hiasan dalaman kediaman sendiri.

“Sibuk pula nak komen rumah saya macam kedai tom yam lah, buruklah. Ini rumah saya, suka hati saya.

“Awak tak perlu nak sebut-sebut nama saya. Awak nak buat bisnes rekaan dalaman, awak buat.

“Tapi jangan guna populariti saya untuk naikkan bisnes awak,” tulisnya.



Pada masa sama, penyanyi lagu Puk Puk Raya itu juga dalam perancangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

“Tunggu surat saman daripada saya ya. Saya malas nak bising-bising pasal awak, awak ni jenis terpaling pereka dalaman tau.

“Awak rasa rumah awak paling cantik, awak buat rumah paling cantik,” katanya.

Malah, kata Aliff, selepas pencarian di Intenet, wanita tersebut tidak pernah mendaftar di Malaysian Institute of Interior Designers (MIID) sebelum menjalankan bisnes reka hiasan dalaman secara profesional.



“Awak tahu tak pereka dalaman saya ni antara yang terbaik di Malaysia dan pernah dapat anugerah.

“Rumah saya pun pernah disenarai pendek antara rumah yang memiliki rekaan dalaman tercantik di Malaysia.

“Awak tak perlu nak ‘kondem’ rumah saya tak cantik. Saya tak perlukan khidmat nasihat awak dan awak tak perlu sebut nama saya okay,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita yang dipercayai pereka dalaman memuat naik video di TikTok mendakwa rumah Aliff Syukri tidak memiliki rekaan dalaman yang mewah dan elegan. Utv



Aliff Syukri bengang banglo mewah disamakan dengan kedai tom yam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar



Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi



Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker