PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat

PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat

Pangkalan Data Utama (PADU) disifatkan gagal kerana sistem kerja, komunikasi dan imej Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, yang tidak diyakini rakyat, dakwa Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, berkata Kerajaan Sarawak yang secara terbuka menyatakan kebimbangan sistem itu sekali gus meminta pendaftarannya ditangguhkan.



Beliau turut mempersoalkan sama ada sistem penyampaian kebajikan kepada rakyat akan terencat dan bertambah kucar kacir dengan kegagalan berkenaan.

“Dulu Rafizi suka menghasut. Barisan Nasional (BN) itu barang naik. Datuk Seri Najib Razak itu 1MDB (1Malaysia Development Bhd), 1MDB itu Najib. Sekarang hukum karma dipulangkan kepada dia.

“Itu sebab PMX (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) minta Rafizi perjelas isu PADU kepada Kabinet. Kerajaan Sarawak secara terbuka negatif pada PADU. Ia ibarat telanjangkan diri kata seorang Menteri Sarawak.

“PADU gagal kerana sistem kerja gagal, komunikasi gagal dan imej Rafizi yang gagal. Apakah sistem penyampaian kebajikan rakyat akan terencat dan tambah kucar kacir,” katanya dalam kenyataan di Facebook.



Semalam, media melaporkan kebimbangan mengenai pelanggaran dan kebocoran data yang berleluasa ketika ini menjadi punca utama Kerajaan Sarawak mengarahkan pendaftaran PADU di negeri itu ditangguhkan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Sarawak-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, dilaporkan berkata Kerajaan Sarawak mengakui dalam menentukan kelayakan penerima subsidi yang disasarkan, maklumat mengenai ekonomi dan kedudukan kewangan adalah penting.

Dalam maklum balas kepada kebimbangan Kerajaan Sarawak itu, Rafizi dilaporkan berkata satu sesi taklimat akan dianjurkan bersama wakil Kerajaan Sarawak berkenaan isu keselamatan dan perlindungan data, PADU dalam masa yang terdekat.

Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK)



Haziq Azfar Ishak, menyifatkan kenyataan Mohd Puad mengenai PADU gagal itu sebagai pramatang dan tidak berasas.

Katanya, ia mempamerkan ketidakfahaman Mohd Puad terhadap konsep pelaksanaan subsidi bersasar.

Beliau berkata, kejayaan atau kegagalan PADU hanya boleh dinilai melalui keberkesanan agihan subsidi bersasar yang akan dilaksanakan berdasarkan pergantungan terhadap PADU.

“Cabaran terbesar pelaksanaan subsidi bersasar yang adil hanya boleh dilaksanakan melalui pengwujudan pangkalan data yang mengintegrasikan kesemua data agensi kerajaan bagi memastikan ‘near real time’ data.



“Bagaimanapun, kenyataan tanpa pengisian Mohd Puad tidaklah mengejutkan kerana keghairahan beliau berkali-kali melakukan serangan terbuka terhadap Rafizi menunjukkan ketidakpuasan hatinya pada sosok individu, bukannya isu atau permasalahan sebenar yang mahu dibangkitkan.

“Sangat wajar supaya beliau dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Rafizi jika terus melakukan serangan terbuka sebegini,” sinisnya. BH

PADU gagal kerana imej Rafizi yang tidak diyakini rakyat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker