Sanusi tiada alasan tak bayar gaji pekerja KAHB – Shaiful

Sanusi tiada alasan tak bayar gaji pekerja KAHB – Shaiful

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, digesa berhenti bermain politik dengan segera membayar gaji 24 kakitangan Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) yang tertunggak sejak September tahun lalu.

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, berkata pihaknya kesal apabila Sanusi menggelarkan kakitangan KAHB sebagai lintah kerana didakwa mengambil dana Perbadanan Menteri Besar (MBI).



Jelasnya, Sanusi tidak boleh lari daripada bertanggungjawab dalam kes berkenaan kerana beliau adalah Pengerusi MBI dan KAHB adalah anak syarikat perbadanan itu.

“Terkejut, itu yang boleh saya katakan dengan kenyataan Sanusi yang mengatakan dia tidak akan bayar langsung gaji pekerja Kedah Agro. Lebih teruk, dia kata pekerja Kedah Agro tidak buat kerja, hanya jadi lintah sahaja.

“Siap yakin kata ‘saya nak jaga 2.2 juta rakyat, bukan nak jaga perut 24 orang pekerja Kedah Agro sahaja’. Logik akal, 24 pun tak pandai jaga, ada hati hendak jaga 2.2 juta rakyat.

“Pesan saya kepada Sanusi, berhenti main politik, sebab akhirnya, hendak tidak hendak dia kena bayar juga gaji pekerja terbabit sebab Kedah Agro adalah bawah MBI, dan MBI bawah Sanusi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Mengulas lanjut, Shaiful Hazizy mendakwa, Sanusi dilihat enggan mengambil tanggung jawab itu kerana tidak mahu dilihat lemah dalam pentadbirannya sehingga sanggup tidak membayar gaji kakitangan KAHB.

Katanya, kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan menutup KAHB ketika Sanusi mula menjadi Menteri Besar, sekiranya mendapati syarikat itu mengalami kerugian berterusan.

“Saya kekal berpendirian, kerugian Kedah Agro dan beberapa anak syarikat kerajaan negeri lain bermula pada zaman pentadbiran Ustaz Azizan (bekas Menteri Besar, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak).

“Penubuhan beberapa GLC yang hidup segan mati tak mahu pun di zaman Ustaz Azizan, zaman itu juga balak di tebang dengan rakus, faktanya PAS hanya pandai menunggang tapi tak boleh diharap jaga ekonomi dan menjana pendapatan.



“Kenapa selepas empat tahun Sanusi menjadi MB, baru tak nak bayar gaji pekerja semenjak September 2023? Kenapa baru hendak tutup sekarang? Kenapa tiba-tiba emosi dengan 24 pekerja yang menjadi mangsa ini? Kenapa tiada tindakan atau penstrukturan terhadap syarikat? Baru tahu? Sebelum ini buat apa?” katanya.

Berikutan itu, beliau meminta Muhammad Sanusi tidak menggunakan Laporan Ketua Audit Negara mengenai kerugian KAHB bagi mengelak membayar tunggakan gaji segera. BH

Sanusi tiada alasan tak bayar gaji pekerja KAHB – Shaiful

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker