Isu KK Mart, pengajaran pentingnya menghayati Rukun Negara – Lam Thye

Isu KK Mart, pengajaran pentingnya menghayati Rukun Negara – Lam Thye

ISU penjualan stoking ada kalimah Allah masih belum reda walaupun pengasas dan juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart Datuk Seri Dr KK Chai telah meminta maaf.

Walaupun jumlah rampasan stoking kurang daripada 10 namun ia tetap mendatangkan kemarahan umat Islam yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk penghinaan.



Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telahpun menzahirkan kemurkaan dan mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.

“Kalimah Allah itu dipandang sangat tinggi pada sanubari umat Islam, tambahan pula kita berada di bulan Ramadan. Tidak patutlah timbul perkara yang membangkitkan kemarahan.

“Sama ada ia disengajakan ataupun tidak, sama ada ia diimport atau dikeluarkan di kilang tempatan, saya mahu penguat kuasa siasat dan ambil tindakan sekeras-kerasnya mengikut lunas undang-undang yang ada supaya pisang tidak berbuah dua kali,” titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office (RPO).

Bagi Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara Tan Sri Lee Lam Thye, isu KK Mart perlu menjadi pengajaran kepada rakyat Malaysia bahwa mereka mesti berpegang teguh kepada Rukun Negara.



Beliau tidak setuju dengan tindakan mana-mana pihak melakukan penghinaan kepada kaum atau agama kerana ia merupakan perkara yang sangat sensitif di Malaysia.

“Kita perlu mengakui kita tinggal dalam sebuah masyarakat majmuk. Kita duduk dalam negara berbilang kaum dan agama. Kita mesti hormat-menghormati antara satu sama lain. Ini terkandung dalam prinsip Rukun Negara.

“Saya kesal kerana Rukun Negara yang diperkenal pada tahun 70-an selepas kejadian 13 Mei adalah satu falsafah negara yang amat penting, yang boleh menyumbang kepada pembinaan perpaduan akan tetapi saya rasa rakyat Malaysia belum cukup memberi perhatian berat,” katanya kepada Malaysia Gazette.

Aktivis masyarakat itu berkata, Rukun Negara bukan setakat untuk dihafal tetapi perlu difahami, dihargai, dihayati dan diamalkannya oleh setiap kaum.



Rakyat Malaysia menurutnya, perlu melihat kesungguhan rakyat Indonesia menjayakan Pancasila yang telah menyatukan penduduk pelbagai kaum dan agama di negara jiran itu.

“Kalau kita memahami, menghargai, menghayati dan mengamalkannya dan setiap kaum jika dapat berbuat demikian saya yakin bahawa perselisihan faham mengenai isu agama, kaum, bangsa dan sebagainya tidak akan timbul.

“Saya anggap isu KK Mart sebagai pelajaran bahawa kita rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum mesti berpegang teguh kepada Rukun Negara.

“Kita mesti mengamalkan kelima-lima prinsip dan memastikan ia bermula dari generasi pelajar hingga menjadi dewasa dan anggap ia sebagai falsafah,” kata beliau.



Katanya, Rukun Negara gagal untuk diterapkan apabila pelajar hanya menghafal prinsip yang terkandung tanpa memahami falsafahnya apatah lagi untuk mengamalkannya.

Mengenai isu KK Mart, aktivis masyarakat itu berkata, sewajarnya kes tersebut diserahkan kepada siasatan polis dan diserahkan kepada mahkamah.

Katanya, tindakan memberi pandangan secara berterusan mengenai isu berkenaan hanya akan memberi implikasi terhadap perpaduan.

“Pada pandangan saya Datuk KK Chai seorang peniaga melebihi 30 tahun dan saya rasa sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang ini dia tidak akan melakukan sesuatu yang akhirnya menjahamankan perniagaan.



“Ini kerana kerana dia tahu perniagaan KK Mart ini untuk semua kaum, mengapa dia ada niat? Ini soalan yang penting sama ada dia ada niat, niat untuk memburukkan agama atau ada niat menghina Allah, saya rasa perkara ini biar pihak polis siasat.

“Sekiranya kes ini tidak dapat diselesai dan dirujuk kepada mahkamah biar mahkamah putuskan sama ada dia ada niat berbuat demikian,” katanya.

Untuk rekod, sejak isu KK Mart tercetus dua individu telah diseret ke mahkamah dan dikenakan hukuman.

Pemilik akaun Facebook Chiok Wai Loong misalnya dihukum penjara enam bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majestret Kuala Lumpur selepas membuat hantaran jelik berkaitan isu itu.



Seorang lagi lelaki yang menggunakan akaun Facebook bernama Ricky Shane CA turut menerima padah dengan dihukum penjara 6 bulan dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.

Tindakan undang-undang ini mengambarkan betapa seriusnya jenayah menghina terhadap agama di Malaysia. MG

Isu KK Mart, pengajaran pentingnya menghayati Rukun Negara – Lam Thye

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker