Lelaki didakwa bersubahat benarkan adik ipar dirogol

Lelaki didakwa bersubahat benarkan adik ipar dirogol

Seorang bapa empat anak didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana bersubahat dengan membenarkan sekumpulan rakan merogol adik iparnya, minggu lalu.

Bagaimanapun, penganggur berusia 29 tahun itu tidak mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.



Mengikut pertuduhan, lelaki berkenaan bersubahat bersama rakan yang masih bebas dengan cara memudahkan perbuatan rogol berkumpulan terhadap seorang wanita berusia 26 tahun di sebuah kediaman di Wangsa Maju, antara jam 2 hingga 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.

Kesalahan mengikut Seksyen 107 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 375B KK yang membawa kepada hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, jika disabitkan kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya, Roslizi Sulaiman, tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana bimbang akan mengganggu usaha menangkap suspek lain.

“Ada tiga orang sekurang-kurangnya yang rogol mangsa, tiga suspek itu masih lagi bebas.



“Seperkara lagi jika tertuduh dibenarkan jaminan boleh menyebabkan gangguan terhadap saksi pendakwaan utama (mangsa).

“Tertuduh tinggal bersama isteri dan adik ipar di rumah sama, ini kes yang serius dan tertuduh berisiko melarikan diri,” katanya.

Susulan itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu untuk diberi jaminan atas tuduhan berkenaan.

“Isteri saya mungkin jadi penjamin, kali terakhir saya hubunginya sebelum serah diri pada polis.



“Saya juga sudah berhenti kerja dan ada sakit semput,” katanya.

Hakim kemudian tidak membenarkan jaminan selepas mendengar permohonan pendakwaan dan tertuduh.

“Penjamin tidak hadir ke mahkamah dan buat masa ini, tertuduh tidak dibenarkan jaminan.

“Selepas ini tertuduh ada peluang lantik peguam untuk hujahan mengenai jaminan dan hubungi rakan serta keluarga untuk jadi penjamin,” katanya.



Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Oktober ini.

Pada Selasa lalu, media melaporkan faktor melangsaikan hutang dipercayai mendorong lelaki membenarkan rakan merogol adik iparnya bergilir-gilir di kediaman di Wangsa Maju.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, dipetik berkata siasatan polis mendapati abang ipar mangsa berusia 29 tahun itu berhutang dengan seorang suspek yang masih bebas.

Sebelum ini, mangsa yang sedang tidur dikatakan ‘diserang’ lima lelaki sebelum diperkosa secara bergilir-gilir dalam kejadian jam 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.



Wanita itu turut diikat tangan dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat oleh suspek yang turut merakam kejadian itu. BH

Lelaki didakwa bersubahat benarkan adik ipar dirogol

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil

Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker