Haziq tinggalkan Hot FM

Haziq tinggalkan Hot FM

Penyampai radio, Haziq Hussni mengejutkan ramai apabila membuat pengumuman meninggalkan stesen radio, Hot FM berkuat kuasa, hari ini.

Pengumuman dilakukan Haziq menerusi laman Instagram (IG), sebentar tadi.



Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu berkata, hasrat tidak menyambung kontrak sudah dimaklumkan pihak pengurusan radio sejak penghujung 2021.

“Sembilan tahun yang penuh suka dan duka bersama stesen Hot FM, sejak Mac 2013. Kemudiannya, saya diserap sebagai Zoomerz.

“Seterusnya, saya bertugas sebagai penyampai radio bermula Oktober 2014.

“Namun, dalam hidup, pasti ada anjakan yang perlu dilakukan. Selepas menyuarakan niat kepada pihak pengurusan dan berbincang, kontrak saya berakhir bulan ini.



“Lebih tepat, saya ke udara di Hot FM buat kali terakhir, hari ini,” katanya kepada BH Online.

Ketika ini, pemilik nama penuh, Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni ini akan memberikan tumpuan meneruskan survival dalam cabang perniagaan, pengacaraan dan acara.

“Selebihnya, saya juga mahu meluangkan masa bersama keluarga. Tambahan pula, saya baru menimang cahaya mata ketiga diberi nama Charissa Azzahra pada 25 Mei lalu.

“Insya-Allah, jika ada perancangan baharu dalam kerjaya seni, tentu saya berbesar hati untuk mengumumkannya pada waktu bersesuaian,” katanya.



Suami kepada Ayunda Putri ini juga tak ketinggalan memanjangkan ucapan terima kasih kepada warga Hot FM.

“Banyak yang saya timba selama ini di Hot FM. Dari bawah sampai ke tahap sekarang, semuanya mematangkan saya.

“Saya juga bertuah kerana terus mendapat sokongan rakan media, selama ini. Tak ketinggalan kepada semua yang terbabit dalam kembara saya di Hot FM,” katanya. BH

Haziq tinggalkan Hot FM




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nasi lemak berlauk tahi ikan bilis



Janna Nick bangga, fenomena Gatal jangkiti PSY

BBQ meletup ketika berkelah bikin ramai terkejut (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker